Blog Readers

Wednesday, June 9, 2010

REAL MADRID TAK JADI DATANG MALAYSIA dan JADUAL PIALA DUNIA 2010

 Baca tajuk berita ni pun ramai dah kecewa.Apa taknye,peluang nak tengok Christiano Ronaldo beraksi hancuss..
Semalam kat TV3,kluar berita pasal trip Real Madrid ke Malaysia cancel.Detail pasal trip ni korang bleh baca melalui post-post sebelum ni atau klik je kat link ni.
http://theboldword.blogspot.com/2010/05/christiano-ronaldo-datang-malaysia.html

Bile dengar berita ni,lawak jugak.Sebab dah ramai yang tak sabar-sabar nak tgk Real Madrid datang ke Malaysia untuk friendly match.

Tapi last-last tak jadi.Tapi kenape tak jadi??
Kerana masalah penaja atau lebih tepat lagi FAM tak mampu nak menanggubg kos trip Real Madrid ke Malaysia.Sedih la plak mendengarnye.Takpelah,tgk kat tv je lah.World Cup pun dah dekat .

Tapi team dari England,Cardiff City dah confirm akan datang ke Malaysia untuk friendly match.

Berhubung dengan Piala Dunia a.k.a World Cup,banyak berita-berita sedih yang terpaksa didengari oleh kita.
Antaranya,dua pemain handalan tak dapat diturunkan sepanjang Piala Dunia ni kerana masalah kecederaan iaitu Nani dan Drogba.

Kat bawah ni ialah jadual Piala Dunia nanti mengikut waktu Malaysia.Demam bola dah nak mula dah.
So,katakan YA!! pada bola dan TIDAK!! pada judi.



klik gambar untuk paparan lebih jelas.



Tuesday, June 8, 2010

Lagi-lagi isu LESEN JUDI PIALA DUNIA

Tau tak dokumen ape kat atas ni? Maksud saya gambar dokumen ape.. Ia adalah kenyataan dari Kementerian Kewangan yg lesen judi tu belum lagi diluluskan oleh Kerajaan. Hurmmm..agak ragu-ragu kan.Tapi ni antara berita yang sedang hangat sekarang ni kat negara kita.

Ape tidaknya,dulu surely lulus,sekarang ni tetiba keluar kenyataan ni.Namun,kalau ianya betul,kita sambut ngan rasa yang sgt2 bersyukur..Alhamdulillah...





Sahabat-sahabat bleh baca berita yang lebih detail kat bawah ni.Ehsan dari MalaysiaKini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
K'jaan: Lesen judi sukan belum dikeluarkan
Jun 7, 10 5:45pm
Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.
Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/ memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan di Malaysia.

"Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan bertulis itu.
Jawapan ber
tulis itu dikeluarkan bagi jawapan soalan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu) dan Loke Siew Fook (Rasah).Pada sidang medianya, Tian Chua yang menerima jawapan bertulis itu mempertikaikan kenyataan awam Ascot Spot yang dibuat oleh pemiliknya, Tan Sri Vincent Tan (kanan).

"Ini adalah jawapan yang mengejutkan kerana sejak seminggu lalu, Vincent bercakap seolah-olah dia telah memiliki lesen itu. Malah dia dilaporkan berkata yang Pakatan Rakyat akan diheret ke mahkamah, jika negeri-negeri itu mengharamkan pertaruhan sukan,” katanya di lobi parlimen.

Tambahnya, jawapan itu tidak menjelaskan keadaan yang sebenar dan ada pihak yang menipu.

Pengarah strategi PKR itu juga mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan yang mengubah pendiriannya kerana gusar dengan kemarahan rakyat ataupun mungkin Tan tidak bercakap benar.

"Jawapan itu amat berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh Vincent, adakah beliau begitu yakin akan diberikan lesen berkenaan?” katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
   
So,ape reaksi dan pendapat kita berhubung berita panas ni..?

Positively thinking,saya menganggap ni adalah respon kerajaan atas tentangan rakyat Malaysia yang concern tentang isu judi ni dan inginkan keadilan.Jadi,TAHNIAH SEMUA...!^^

Walaupun secara umumnya,ada sedikit konflik berkaitan isu ni,dimana kalau kite check profile FB Vincent Tan(Presiden Ascort Sport Sdn.Bhd),iaitu syarikat yang diwar2kan mndapat lesen judi sebelum ni,kita bley baca status-status dia yang dia ni yakin sgt2 akan mmperolehi lesen judi ni dari kerajaan.

kalau nak tgk sendiri,korg bleh search Vincent Tan kat FB.kalau malas sgt2 nak search,tgk gambar kat bawah ni.



















nampak x? hurmm..so ni la konfliknye..ape agak2nya kebenaran disebalik konflik nih? ape2 pon kita jumpe selepas ini!! eh bukan.. ape2 pon kita tunggu 3 hari lagi.. countdown to World Cup..

Tapi saya harap,si vincent tan ni memang betol2 tak dapat lesen judi.Kita bukannya nak kutuk kerajaan,tp kita mahukan keadilan.Kalau betol kerajaan reject permohonan si vincent tan ni,tahniah buat kerajaan.

Moga Malaysia selamat dari bala..Amin3..~

Saturday, June 5, 2010

Jika anda ambil berat tentang saudara kita di GAZA,sila copy dan sebarkan.=)

Dari rantaian e-mail….

Salam,


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)

Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.






PLEASE PASS THIS MAIL .. LET THE WORLD KNOW