Blog Readers

Tuesday, June 8, 2010

Lagi-lagi isu LESEN JUDI PIALA DUNIA

Tau tak dokumen ape kat atas ni? Maksud saya gambar dokumen ape.. Ia adalah kenyataan dari Kementerian Kewangan yg lesen judi tu belum lagi diluluskan oleh Kerajaan. Hurmmm..agak ragu-ragu kan.Tapi ni antara berita yang sedang hangat sekarang ni kat negara kita.

Ape tidaknya,dulu surely lulus,sekarang ni tetiba keluar kenyataan ni.Namun,kalau ianya betul,kita sambut ngan rasa yang sgt2 bersyukur..Alhamdulillah...





Sahabat-sahabat bleh baca berita yang lebih detail kat bawah ni.Ehsan dari MalaysiaKini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
K'jaan: Lesen judi sukan belum dikeluarkan
Jun 7, 10 5:45pm
Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.
Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/ memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan di Malaysia.

"Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan bertulis itu.
Jawapan ber
tulis itu dikeluarkan bagi jawapan soalan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu) dan Loke Siew Fook (Rasah).Pada sidang medianya, Tian Chua yang menerima jawapan bertulis itu mempertikaikan kenyataan awam Ascot Spot yang dibuat oleh pemiliknya, Tan Sri Vincent Tan (kanan).

"Ini adalah jawapan yang mengejutkan kerana sejak seminggu lalu, Vincent bercakap seolah-olah dia telah memiliki lesen itu. Malah dia dilaporkan berkata yang Pakatan Rakyat akan diheret ke mahkamah, jika negeri-negeri itu mengharamkan pertaruhan sukan,” katanya di lobi parlimen.

Tambahnya, jawapan itu tidak menjelaskan keadaan yang sebenar dan ada pihak yang menipu.

Pengarah strategi PKR itu juga mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan yang mengubah pendiriannya kerana gusar dengan kemarahan rakyat ataupun mungkin Tan tidak bercakap benar.

"Jawapan itu amat berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh Vincent, adakah beliau begitu yakin akan diberikan lesen berkenaan?” katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
   
So,ape reaksi dan pendapat kita berhubung berita panas ni..?

Positively thinking,saya menganggap ni adalah respon kerajaan atas tentangan rakyat Malaysia yang concern tentang isu judi ni dan inginkan keadilan.Jadi,TAHNIAH SEMUA...!^^

Walaupun secara umumnya,ada sedikit konflik berkaitan isu ni,dimana kalau kite check profile FB Vincent Tan(Presiden Ascort Sport Sdn.Bhd),iaitu syarikat yang diwar2kan mndapat lesen judi sebelum ni,kita bley baca status-status dia yang dia ni yakin sgt2 akan mmperolehi lesen judi ni dari kerajaan.

kalau nak tgk sendiri,korg bleh search Vincent Tan kat FB.kalau malas sgt2 nak search,tgk gambar kat bawah ni.



















nampak x? hurmm..so ni la konfliknye..ape agak2nya kebenaran disebalik konflik nih? ape2 pon kita jumpe selepas ini!! eh bukan.. ape2 pon kita tunggu 3 hari lagi.. countdown to World Cup..

Tapi saya harap,si vincent tan ni memang betol2 tak dapat lesen judi.Kita bukannya nak kutuk kerajaan,tp kita mahukan keadilan.Kalau betol kerajaan reject permohonan si vincent tan ni,tahniah buat kerajaan.

Moga Malaysia selamat dari bala..Amin3..~

1 comment:

anime said...

Wah artikel yg bermanfaat, terimakasih Gan.
naruto

Post a Comment