Blog Readers

Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Gemuk? Ketahui petua mengurangkan kegemukan.

Gemuk?? Masalah yang biase yang sering dihadapi golongan remaja.Masalah gemuk ni bahaya sebenarnya bg sesetengan orang kerana ia dapat buat seseorang tu rasa rendah diri apabila nak berdiri di depan dan juga rasa malu untuk bergaul lebih-lagi dengan golongan berlainan jantina.



  Ehsan:Utusan Malaysia Online.(klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Sebenarnya masalah gemuk ni boleh dikurangkan secara perlahan tanpa mengambil mana-mana produk.Sebelum tu,apa faktor-faktor gemuk ni ye?
  1. Tido lewat.Kul 1,2,3 baru nak tido tu yang jadi gemuk tuh.
  2. Makan makanan berlemak banyak sangat.Contoh? masak merah dan sbgnye.
  3. Makan nasi banyak sangat Nasi ni punca utama kegemukan taw.Nasi ni xmacam makanan lain.Dia kompleks dan akan meninggalkan sisa selepas dihadam.Jangan makan nasik banyak sgt.
  4. Kurang exercise.Exercise?? lecehlah.. <-- ayat biasa yang kita dengar kan.Sebenarnya kalau malas sangat nak exercise,tak payah exercise.Tapi banyakkan bergerak.Nak pi kedai tak yah bawak moto,jalan kaki je.Kalau rumah ada tangga,main turun naik tangga sampai tngga tu patah okeh.
  5. Makan lewat malam.Haaaa..yang ni memang glamer.Paling-paling bagi kesan.Anda amalkan sminggu,badan anda akan jadi macam tong drum kumpulan Hujan..*Bila aku sudah tiada..*..Jangan sesekali makan lewat malam.kul 11 or 12 tu buat la keje lain.Lupakan pasal makan.
  6. Faktor genetik juga diambil kira.Saya ada seorang kawan yang sangat kurus sehingga orang panggil dia dengan gelaran 'ubat'.Means mat drug or sumthing like dat la.*wah..speaking*.. Tapi yang istimewanya,dia ni makan xingat dunia.Da la makan banyak..*nasik tambah satu!!* pastu,makan je keje.Tapi tak gemuk-gemuk.Maintain mat drug.Nak buat cmne,dah genetiknya camtu kan.Ada orang dia makan sikit pun badan dah naik. 
  7. Kurang minum air.Orang yang gemuk memang kurang air dalam badan.Kurang pada 50 persen.
  8. Makan junk food banyak sangat.Mamee monster lah,potatoes lah,super ring lah.Tak elok.Jangan-jangan.








Cara-cara nak overcome gemuk??
  1. Minum air banyak-banyak!! pastikan air mineral sentiasa ada ngn kita.Setiap 5 minit,minum.Minum air putih nih sampai kenyang.Sebelum kita ambik meal,minum dlu air putih nih banyak-banyak biar kita rasa kenyang.Then,automatically,kita akan ambik meal dengan sedikit sebab dah kenyang minum air. Jangan sesekali makan diselangi dengan minum air.Sangat-sangat xbaik.Dan jangan minum air banyak sangat selepas kita habiskan meal.Tak baik!!
  2. Bila makan,ambik nasik dengan sedikit.Tapi jangan sikit sangat ye.Maksudnye kat sini,jangan ambik dengan banyak.Ambik sayur yang best-best dengan banyak xpe.Ayam daging pn jangan ambik dengan banyak.Kurangkan makan nasik.Malam pun,kurangkan nasik.Kalau boleh dinner selain nasik lg bagus.Tpi jangan dinner dengan KFC pulak.
  3. Banyakkan bergerak atau berjalan.Rajin-rajin bangun dan berjalan.Kalau orang naik bas,kita berjalan je.wakaka.. Kalau dapat berjalan masa tidur lagi bagus.2 dalam satu.menjimatkan masa..
  4. Tido awal..Make sure paling lewat tido pun pkul 12 malam.Bagi badan kita masa untuk rehat.Jangan tdo lewat.Nanti badan naik lagi.
  5. Jangan makan lewat malam.makan lewat boleh jadi punca utama gemuk.Tapi bagi yang nak gemuk,saya syorkan makan lah lewat malam!
  6. Kurangkan junk food.Sikit-sikit xpe.Tapi jangan banyak sangat.Kalau setakat mamee 3 posen tuh xkisah la kan.Tapi kalau dah buat bekalan seminggu,memang la gemuk.Dengan kata lain baik xyah makan teruslah.Boleh save duit kan.Pastu bleh beli kete ferrari 2 buah.
  7. Ambik produk-produk juga boleh membantu.Tapi tengok pada produk jugak>Saya syorkan HerbaLife.Kawan saya ada ambik dan kesannya memang nampak jelas.Kurus hingga ke tulang.Herbalife ni,dia bagi nutrien yang seimbang kpd kita tanpa bahan kimia dan kita tak perlu jaga makan sangat.Tpi,hati-hati dengan produk lain sebab ada yang bg side effect.

Yang paling penting,tetap mind set kita,SAYA BOLEH!! ^^

Ni lak sedikit PETUA untuk dikongsi.Kalau rasa berminat,cuba try.



Menurunkan Berat Badan:

Petua 1 :
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun

Petua 2 :
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3 : Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.


Membuang Lemak Badan

Petua 1 :
Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 :
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Tuesday, May 25, 2010

Jerawat

Jerawat ni sebenarnya masalah biasa yang dihadapi hampir semua orang.Dan semestinya,tak de yang suka bile tumbuh jerawat kat muka.Kalau ada cermin,dinding belakang cermin tu mesti di kotori dengan cetusan-cetusan Mr.J ini. Tapi tau kah kita apa faktor-faktor yang menyumbang kepada Jerawat ni?

  • Tak cukup tidur.Jangan sesekali amalkan tidur pukul 1,2,3 pagi ke.Tidur secukupnya,tido awal.Ni merupakan faktor utam.
  • Kurangkan makan makanan berminyak,dan kurangkan makan kacang.Kacang menyumbang kepada jerawat.Begitu juga makanan-makanan yang mengandungi kacang seperti kerepek.
  • Jangan picit jerawat lebih-lebih lagi bila kuku anda panjang.Kuku anda mengandungi kuman dan jika anda picit jugak,ia boleh menyebab kan jerawat itu merebak ke kawasan sekitar.Dan kemudian merebak lagi.Lg pun,bila anda picit jerawat,ia boleh merosakkan tisu muka dan meninggalkan parut yang banyak sekali pun jerawat dah berhenti.
  • Kurang aktiviti yang mngeluarkan peluh.So,rajin-rajinlaa exercise.
  • Kurang minum air masak.
  • Faktor keturunan juga diambil kira ye.
  • Menggunakan kosmetik yang tak tahu dari mana asalnya atau beli tepi-tepi jalan.Beli satu percuma 15. 

Apa yang boleh kita buat kalau nak elak jerawat?? 

1-Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut.

2-Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.

3-Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).

4-Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari.

5-Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut.

6-Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka.

7-Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih.

8-Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.

9-Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.

10-Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.

Monday, May 24, 2010

Tips-tips penjagaan Komputer.Penting!! Khususnya bagi golongan wanita.

Korang smua mesti ada paling kurang satu komputer kan? Tak kira la laptop ke,desktop ke,chairtop ke(*ade ke??*) Bagi golongan yang kaye/berada,mereka sekurang-kurangnya memiliki 10 atau 20 buah komputer kan?(*main tembak je writer ni*) ^^ Menjaga komputer kita merupakan benda yang sangat-sangat penting bagi mengelakkan komputer kita menghadapi masalah-masalah berikut:

1.Lembab..Buka My Computer pun dah 4 jam.
2.BSOD(Blue Screen Of Death)
Ape itu BSOD? Masalah ni merupakan masalah biasa yang dihadapi hampir semua pengguna komputer.Bila tengah-tengah guna,tetiba screen jadi biru,ada tertulis count down 'memory dump crash'.
3.Salah satu atau lebih fungsi laptop tak bleh guna.(cth:bluetooth,memory card reader)



Masalah kat atas ni biasenye disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1.Virus(of course laa..xhabis2 susahkan hidup kita)
2.Bad sector/disc error tinggi sgt
3.Hardware rosak(cth:RAM,Harddisk)
4.Driver corrupt/tak update
5.Antivirus tak update


Jadi,penting bagi kita untuk jaga laptop kita sebaiknya supaya:
1.Laptop tak lembab
2.Semua function bleh guna
3.Tak de masalah blue screen
4.Tak de tension2 bila laptop mati masa tgh wt assignment/xsmpat save
5.Jangka hayat laptop lagi panjang
6.Buat keje dalam keadaan senang hati!!


Sedikit sebanyak pasal komputer:

Apa itu Driver? Driver ni camni.Dalam komputer ni ada banyak devices.Iaitu bluetooth device,wireless device,webcam,mmc reader dan sebagainya.Jadi setiap device ini mempunyai drivernye sendiri.Driver ni akan menggerakkan device ini menjadikan ia berfungsi.

Analoginye: Sebuah kereta tak kan bergerak kalau x de pemandu yang drive.(*x termasuk kereta dalam cite Momok*)

Device ni ibarat mesin ATM.Ia sebenarnya hanya sekadar mesin sahaja.Tapi kita tekan2,masuk password tuh disebabkan software@driver yang menggerakkan mesin ATM tu.Kalu xde software itu,maka mesin ATM tuh xkan kuar cahaya lampu pon.Tak berfungsi.

Jadi,tu lah sedikit sebanyak pasal driver n device.Satu lagi,setiap device ada version nye tersendiri.Jadi setiap laptop xsama devicenye..(*kecuali laptop model same laa*).. Analoginye,software mesin ATM BSN xleh guna dekat mesin ATM Maybank sebab ia xsama walaupun dua2 mesin ATM.. faham kn? Jadi,amatlah penting bagi pemilik komputer untuk menyimpan complete driver untuk laptop.Biasenye,CD driver ni kita dah dapat sewaktu beli komputer.Model compact biasanya xdapat.Kalu xdapat,anda jgn risau.Bukak website model laptop anda,download saje menurut model laptop anda.


TIPS-TIPS MAINTENANCE LAPTOP/JAGA LAPTOP:

Tip-tips ni mesti buat kalau anda sygkan laptop anda.Tips-tips ini juga khusus untuk golongan wanita sebab biasenye mereka tak berapa tahu sgt pasal ni.Jangan terus bayar mahal-mahal pergi repair kat kedai sedangkan benda ni kita boleh buat sendiri.

1.UPDATE ANTIVIRUS-Saya rekemen kan antivirus berikut.(Kaspersky Internet Security 2010 atau yang 7.0,BitDefender,Norton)
Pastikan anda update antivirus skurg-kurangnya seminggu sekali.Kalu x update,jangan gatal2 nak cucuk pendrive.Pendrive merupakan medium yang paling aktif dalam penyebaran VIRUS.Jadi kalau nak cucuk jugak,scan dulu dekat Laptop kawan,delete semua virus then baru cucuk kat laptop kita.Dalam sehari,beribu2 virus baru yang tercipta.Jadi,amatlah pnting kita update antivirus kita supaya ia boleh detect virus-virus baru ini.

2. Disk Error Checking-Mesti buat paling kurang pun sebulan sekali.Kalau malas2 sangat pon,2 bulan sekali.Kalau dah tahap malas tahap cipan pon,4 bulan sekali.Masalah BSOD biase disebabkan error dalam disk(khususnya Disk C: disk yang kita letak file window kita@Disk yang kita install software@system punye disk.
Tapi,camne nak buat??
Ikut langkah ni.
Bukak my computer>>right click dick C(system disk yang macam saya kata kat atas..sebab kemungkinan nama disk system ni bkn C,mungkin D,mungkin G..tapi disk lain jgn kacau..pilih je disk yang jd location window files..)>>Lepas right click,pilih properties>>Then,pilih tool>>Pilih *Check Now* dekat ruangan error-checking>>Pastikan tick check box PERTAMA shj>>tekan start..
Lepas tu,ia akan tanye same ada nak schedule check atau x.Pilih yes@schedule check.Sebab apa kena schedule check?sebab kita xboleh check error system disk ni mase kita tgh guna laptop.Next tyme bila kita restart PC,akan keluar screen hitam,ada number countdown.. biarkan saje.. dalam masa 2 hingga 5 minit,proses error checking ni akan selesai.

Proses ni akan automatically fix/repair sebarang error dalam hard disk kita menjadikan hard disk kita *fresh* kembali.Sebarang masalah berkaitan hard disk dapat dikurgkan.Kalau tak buat bnda ni,mybe dalam setahun,laptop pun rosak.So,jgn salahkan laptop.Salahkan kita sebab tak sayang dia.


3.Disk Defragmenter-Bukak search taip saje Disk Defragmenter.Ataupun cari kat accesories>>system tools.
Disk Defragmenter ni akan susun balik file2 kita,tapi xbg kesan apa2 kat dokumen/file kite.Means kite xnampak pun hasilnya.Kita dapat rasa bile laptop dah jadi laju.Bile bukak Disk Defragmenter nanti,defrag semua disk dalam laptop kita.Follow je arahan dia bg.kalau tersilap tekan pun,ia xkan bg kesan ape2.Ia just proses biasa,tp amat2 berguna.

4.Disk Cleanup-Search je Disk Cleanup atau cari kat system tools.Ikut je arahan nye.Clean semua disk dalam laptop kita.Tekan OK>dan delete files.xperlu pilih/tick mane2 check box.. Amat penting saperti disk defragmenter.Sebenarnye laptop kita juga perlukan ruang untuk bernafas.Jadi,kita perlu defrag dan clean hard disk dalam laptop kita untuk bagi ruang ia bernafas.Hasilnya,laptop jd pntas!!! ^^

5.Download Device Doctor dari internet dan update driver kita.
6.Guna CCleaner.Download,install dan gunakan nya untuk laptop kita.
7.Guna TuneUP utilities.Download,install dan click tune up maintenance sekurg2nya 3 hari sekali.Ia akan automatically fix error dalam laptop.Sgt bagus.
8.Taip msconfig dekat search n tekan enter.Pilih startup.Then pilih mana-mana program yang kita nak program ni run sebaik saje kita on kan laptop kita.Startup ni sebenarnya berfungsi untuk control program apa yang akan terus run sebaik saje kita on laptop.Bila byk program yang automatically run bila kita on laptop,laptop kita akan jadi berat dan lambat.Jadi pilih program yang benar-benar perlu sahaja.Program seperti Internet Download Manager,YM xperlu  automatically run.Bila kita on laptop,kalo kita nak bukak ym,kita klik je ym.Tapi,apa2 pn  bergantung kepada pemilik laptop sendiri.Namun diingatkan,startup ni bg kesan yang jelas kepada kelajuan laptop kita.

9.Susun file dalam laptop kita dengan teratur.(asingkan movie,mp3,assignment dalm folder berlainan)


Tips 5,6,7,8 adalah optional tapi sangat digalakkan.Bagi laptop yang memang bermasalah,disyorkan format dan install window 7.Window 7 setakat ni adalah yang terbaik diantara window vista dan xp.Speednya sgt laju,performancenya sgt bagus.Berbanding vista yang juga mmpunyai performance yg bagus,tetapi speednye slow,berat,dan tak stabil.Mintak prtolongan dari mana-mana individu yang mahir dalam komputer.Elakkan repair kat kedai,nanti kena charge mahal.Saya pn buat bisnes repair laptop ni dgn harga semurah 17 ringgit.Servis sy memuaskan pelanggan.Sy akan repair complete dgn driver,software dll.. Kalau berminat,ni number sy.0196734558.Area KL..

Jadi tu lah sedikit sebanyak basic knowledge pasal pnjagaan komputer.Kalau nak tulis semua memang banyak,tapi kalau ade apa2 soalan,boleh komen kat blog ni.Saya akan sedaya upaya membantu.Sekian..

Gambar-gambar yang di snap dari laptop saya..Sekadar hiasan.