Blog Readers

Showing posts with label panas. Show all posts
Showing posts with label panas. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

Lagi-lagi isu LESEN JUDI PIALA DUNIA

Tau tak dokumen ape kat atas ni? Maksud saya gambar dokumen ape.. Ia adalah kenyataan dari Kementerian Kewangan yg lesen judi tu belum lagi diluluskan oleh Kerajaan. Hurmmm..agak ragu-ragu kan.Tapi ni antara berita yang sedang hangat sekarang ni kat negara kita.

Ape tidaknya,dulu surely lulus,sekarang ni tetiba keluar kenyataan ni.Namun,kalau ianya betul,kita sambut ngan rasa yang sgt2 bersyukur..Alhamdulillah...





Sahabat-sahabat bleh baca berita yang lebih detail kat bawah ni.Ehsan dari MalaysiaKini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
K'jaan: Lesen judi sukan belum dikeluarkan
Jun 7, 10 5:45pm
Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.
Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/ memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan di Malaysia.

"Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan bertulis itu.
Jawapan ber
tulis itu dikeluarkan bagi jawapan soalan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu) dan Loke Siew Fook (Rasah).Pada sidang medianya, Tian Chua yang menerima jawapan bertulis itu mempertikaikan kenyataan awam Ascot Spot yang dibuat oleh pemiliknya, Tan Sri Vincent Tan (kanan).

"Ini adalah jawapan yang mengejutkan kerana sejak seminggu lalu, Vincent bercakap seolah-olah dia telah memiliki lesen itu. Malah dia dilaporkan berkata yang Pakatan Rakyat akan diheret ke mahkamah, jika negeri-negeri itu mengharamkan pertaruhan sukan,” katanya di lobi parlimen.

Tambahnya, jawapan itu tidak menjelaskan keadaan yang sebenar dan ada pihak yang menipu.

Pengarah strategi PKR itu juga mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan yang mengubah pendiriannya kerana gusar dengan kemarahan rakyat ataupun mungkin Tan tidak bercakap benar.

"Jawapan itu amat berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh Vincent, adakah beliau begitu yakin akan diberikan lesen berkenaan?” katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
   
So,ape reaksi dan pendapat kita berhubung berita panas ni..?

Positively thinking,saya menganggap ni adalah respon kerajaan atas tentangan rakyat Malaysia yang concern tentang isu judi ni dan inginkan keadilan.Jadi,TAHNIAH SEMUA...!^^

Walaupun secara umumnya,ada sedikit konflik berkaitan isu ni,dimana kalau kite check profile FB Vincent Tan(Presiden Ascort Sport Sdn.Bhd),iaitu syarikat yang diwar2kan mndapat lesen judi sebelum ni,kita bley baca status-status dia yang dia ni yakin sgt2 akan mmperolehi lesen judi ni dari kerajaan.

kalau nak tgk sendiri,korg bleh search Vincent Tan kat FB.kalau malas sgt2 nak search,tgk gambar kat bawah ni.



















nampak x? hurmm..so ni la konfliknye..ape agak2nya kebenaran disebalik konflik nih? ape2 pon kita jumpe selepas ini!! eh bukan.. ape2 pon kita tunggu 3 hari lagi.. countdown to World Cup..

Tapi saya harap,si vincent tan ni memang betol2 tak dapat lesen judi.Kita bukannya nak kutuk kerajaan,tp kita mahukan keadilan.Kalau betol kerajaan reject permohonan si vincent tan ni,tahniah buat kerajaan.

Moga Malaysia selamat dari bala..Amin3..~

Saturday, June 5, 2010

Jika anda ambil berat tentang saudara kita di GAZA,sila copy dan sebarkan.=)

Dari rantaian e-mail….

Salam,


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)

Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.






PLEASE PASS THIS MAIL .. LET THE WORLD KNOW

Thursday, May 27, 2010

"MAGGIE TIDAK BERBAHAYA UNTUK KESIHATAN":Kementerian Kesihatan Malaysia


Maggie tidak berbahaya untuk kesihatan? Kenyataan ni bukan budak tadika yang buat ye tapi Kementerian Kesihatan Malaysia yang keluarkan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.
Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana ia memudaratkan kesihatan.
Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Macam mana tu?Kenyataan Maggie tidak berbahaya untuk kesihatan? Aishh..kementerian dapat komisen ke keluarkan kenyataan begini? Maklumlah Maggie ni tak pernah tak laku,sentiasa laku.
Kenyataan si atas telah menimbulkan kontroversi dalam negara kira dan juga negara-negara jiran.Sebenarnya kenyataan ni dah lama dikeluarkan,tapi buat mereka yang masih tak tahu,ni saya nk bgtau.Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan ini dibuat tanpa asas atau kajian.Macam mana Maggie yang sememangnya berbahaya itu boleh dikatakan tidak berbahaya,bukannya budak Tadika KEMAS yang kata,tapi Kementerian Kesihatan yang kata.
Waaa..bayangkan macam mana kesannya nanti kepada rakyat Malaysia.Mesti ada yang melompat-lompat dan menjadikan Maggie sebagai meal utama dalam kehidupan seharian.Sarapan,lunch,dinner semua dengan Maggie,sehinggakan sahur pun dengan Maggie*bagi yang puasa la*..
Sekarang ni banyak organisasi yang mendesak Kementerian buat kajian sendiri dan buktikan kesahihannya.
Tengok kat bawah ni.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buktikan dengan kajian makmal



GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam meminta Kementerian Kesihatan membuat sendiri kajian makmal bagi membuktikan kesahihan dakwaan bahawa mi segera tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai.
Kementerian itu dalam kenyataannya yang disiarkan semalam menafikan makanan itu berbahaya dan menganggap CAP yang membuat dakwaan itu pada 21 April lalu tidak mempunyai bukti saintifik.
Pegawai Pendidikan CAP, N.V Subbarow berkata, pihaknya telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi segera berdasarkan keputusan ujian makmal persendirian.

Ehsan:Kosmo
--------------------------------------------------------------------------------------------








Menurut kawan saya yang ambil kos chemical engineering,dia ada bagtaw sedikit sebanyak pasal Maggie ni.Bahan yang paling berbahaya dalam Maggie ni adalah Lilin.*takde kaitan dengan lagu lilin seorang guru ye*.Mi Maggie tu sebenarnya disaluti oleh lilin bagi membuatkan ia tahan lama.Anda bayangkan tompokan-tompokan lilin kalau kena air,dia hilang x? mestilah tak walau air panas sekalipun.
Dan bayangkan kalau Maggie tu masuk dalam perut kita*maknanya kita makan la tu*,cmne perut kita nak hadam?Bagi mereka yang selalu makan Maggie tu,semnggu sepacket ke,samalah macam dia meratah-ratah sebatang lilin setiap minggu.Ada rasa macam kit-kat tak?
Kah..kah..kah..kah….

Jadi kalau nak sangat makan Maggie,ikutlah tips kat bawah nie.Penting untuk menjaga salasilah keturunan keluarga,datuk,cicit,cucu*silap..patut cucu dulu*.Jangan kita makan ‘kit-kat’  istimewa ini.

Kalau nak makan Maggie,jangan sesekali makan Maggie tak masak.Maknanya main ratah je.Tak boleh.Bahaya sangat-sangat.Even walau kita masak pun,still bahaya.
Bagi mereka yang concern tentang anak cucu cicit mereka nanti,ikutlah cara ni.Bila nak makan Maggie,rendam Maggie tu dalam air panas.Biar 10 minit.Pastu buang air dan bilas Maggie tu.Then rendam lagi,buatla 3 kali ke sampai kita nampak takde dah minyak-minyak kat permukaan atas yang terapung.
Tapi saranan yang paling disarankan,JANGAN MAKAN MAGGIE,nanti cepat tua.*takde kaitan langsung..ish3*.
Kah…kah…kah…
Sekian..


GAS(Gerakan Anti Samivellu):Samivellu didesak letak jawatan?

Semalam(26 Mei),berlangsungnya satu perhimpunan besar-besaran di PWTC yang disertai oleh ahli-ahli Gerakan Anti Samy Vellu(GAS).Mereka yang datang ni dengan satu tujuan yang itu inginkan perletekan jawatan oleh Samy Vellu yang merupakan presiden MIC selama 3 dekad.Wah..lama tu..Mahathir pun tak memerintah selama tuh.Gerakan ni dianggotai oleh ramai presiden MIC termasuk V Mugilan yang baru kena pecat oleh Samy Vellu baru-baru ni.V Mugilan ni pegang jawatan sebagai timbalan ketua pemuda MIC sebelum ni.Bila dia kena pecat,dia sertai Gerakan Anti-Samy Vellu ni mendesak Samy Vellu agar letak jawatan.Ramai tak yang datang? 100? 200? sikit sangat tuh..Yang datang hampir 10,000 orang.Waaaa.. Ramai rupanya yang nak Samy Vellu ni letak jawatan ye.

Tapi krisisnye skarang,V Mugilan sbg bekae timbalan ketua pemuda MIC mendakwa bahawa UMNO turut terlibat dalam Gerakan ini dan UMNO menolak dakwaan itu.Kalau betul nak dakwa,hang tunjuk bukti! kata UMNO.

Tapi hakikatnya sekarang betapa ramai yang mahukan Samy Vellu meletakkan jawatan.

Dan bercakap tentang Samy Vellu ni,Bahasa Melayunya sering dipersendakan kerana ianya LAWAK!

kah..kah..kah..kah..

ni satu lawaknya:

"Wartawan suruh si Samy Vellu ni komen pasal angkasawan negara,Syeikh Muzaffar dan dia pun komen....'Sayaa berasaa amat banggaa dan tahniyah kepaddaa Syeikh Muzaffffar keranaa telah beerrjayaa meniggal duniaa selamaaa 10 harrri dan selamatt dikebumikan'."

kah..kah..kah..

sapa tak paham lawak ni boleh komen.saya akan explain satu-satu..

kah..kah..kah..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ehsan:BERNAMA

PETALING JAYA, 26 Mei (Bernama) -- Seramai 10,000 orang dijangka menghadiri pelancaran Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini, melebihi jangkaan awal 7,000 orang, dakwa bekas timbalan ketua Pemuda MIC V Mugilan.

"Pada hari itu, saya kata 7,000 orang tetapi sekarang angka itu telah meningkat kepada 10,000 orang kerana kami sedang mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak," Mugilan berkata pada sidang akhbar di sebuah restoran India di sini Rabu.

Mereka yang dijangka datang termasuk anggota MIC, pemegang saham Maika dan kaum India yang bukan anggota MIC.

Mugilan juga berkata beliau sendiri yang telah menempah Dewan Merdeka di PWTC untuk perhimpunan pada Isnin lepas dan bukan Umno seperti yang didakwa oleh ketua Pemuda MIC T Mohan semalam.

Oleh kerana dewan tersebut boleh menempatkan kira-kira 5,000 orang, beberapa layar besar akan dipasang di luar dewan untuk yang lain mengikuti perhimpunan itu.

Mugilan, yang dipecat oleh presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu Khamis lepas, mendesak presiden MIC itu berundur Julai ini.

"Pada mulanya, saya mendesak beliau untuk berundur akhir tahun ini tapi sekarang saya telah menukar strategi dan membuat keputusan untuk mendesak beliau berundur pada bulan Julai ini," kata Mugilan.

Katanya, keputusan terbaru itu diambil selepas mendapati sokongan untuk mendesak Samy Vellu adalah "terlalu kuat dan sentimen anti-Samy Vellu ini bagus".

Mugilan berkata beliau akan mengumumkan satu pelan pada pelancaran itu untuk mendesak Samy Vellu berundur lebih awal.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah bekas anggota jawatankuasa kerja pusat K.P.Samy dan G.Kumar Aamaan yang juga dipecat Samy Vellu pada Isnin lepas.

Ditanya jika perhimpunan itu gagal mendesak Samy Vellu membut demikian, Mugilan berkata: "Kami akan memberitahu media bahawa Samy Vellu adalah pemimpin terbaik. Kami akan duduk diam dan menyerah."

Mugilan juga menunjukkan resit penempahan Dewan Merdeka dengan bayaran awal RM5,000 bertarikh 24 Mei.

"Resit penempahan dewan itu atas nama saya, kita telah membuat bayaran awal RM5,000 pada 24 Mei. Saya telah berjumpa dengan orang PWTC pada hari Isnin dan telah menempah sebagai orang biasa," katanya sambil menafikan tuduhan Mohan.

Katanya, resit tersebut telah diserahkan di Balai Polis Dang Wangi bagi memohon permit dari polis untuk mengadakan perhimpunan ituyang belum diterima lagi.




Wednesday, May 26, 2010

DRAW MOHAMAD DAY FIRST ANNUAL

Tahu tak ape itu DRAW MOHAMAD DAY FIRST ANNUAL?? Bukak facebook taip DRAW MOHAMAD DAY FIRST ANNUAL,kamu akan jumpa satu group yang bernama EVERYBODY DRAW MOHAMAD DAY.

Molly Norris yang didakwa menganjurkan “Everybody Draw Mohammed Day” telah meminta maaf pada seluruh umat Islam. Ya, sebagai seorang muslim kita patut maafkannya, malah Molly Norris sendiri mengaku bahawa bukan beliau yang mencipta laman “Everybody Draw Mohammed Day” di Facebook, tetapi orang lain yang beliau sendiri tak kenal

Tahu x sape tu Molly Norris? Dia ni ialah insan yang telah mencetuskan kontroversi seluruh dunia kerana telah melukis karikatur Rasulullah S.A.W sedangkan dalam Islam,kita dilarang sama sekali berbuat sebegitu.

Dan sekarang ni ada individu yang menyambung perjuangannya dengan mencipta group tersebut kat facebook(sekarng ni,group tu dah xde sebab kena banned!!! wakakaka.. ) Tapi muncul lagi group lain yang cuba nak sambung perjuangan haram ini.Mereka sambut 1st annual pada 20 May yang lepas.


Apa tanggungjawab kita? Kita tak perlu nak gi bakar gereja atau bunuh atau makan mereka.Bkn ni yang diajar nabi kita yang kita sayang.

Tapi sekurang-kurangnya kita sedar tentang benda ni dan tunjukkan yang kita 'benci' padanya.
Jangan sesekali tertipu dengan isu yang mereka bawa.Bagi mereka,karikatur-karikatur ini bertujuan untuk tunjuk yang Islam ni tiada kebebasan sebab tak boleh lukis gambar Rasulullah.Tapi,siapakah mereka untuk judge agama kita?mereka bukan Islam dan mereka tak tahu menahu pun pasal agama kita.


Kita sebagai muslim yang sejati perlu tahu pasal benda nih.Jangan kita sibuk dengan kehidupan seharian sedangkan MEREKA sibuk mempersenda-sendakan agama Islam yang kita cinta.



  •  klik gambar untuk paparan lebih jelas.
(klik untuk ke blognya).

INFO UNTUK MUSLIM:ANCAMAN GERAKAN FREEMASONRY

Apa itu FREEMASON?

Melalui pembacaan saya melalui sebuah buku yang bertajuk GERAKAN FREEMASON,FREE bermaksud bebas dan MASON bermaksud tanah atau jajahan dan jika digabungkan maka terhasillah tanah yang bebas.Ada individu lain mengatakan FREEMASON bermaksud tukang batu.Namun,kedua-dua maksud ni menjurus kepada satu pemahaman iaitu usaha usaha membina satu tanah atau jajahan yang bebas.

Pihak yang bertanggungjawab mencipta gerakan ini ialah tak lain tak bukan,pelakon terbaik dunia iaitu YAHUDI laknatullah.Gerakan ini sememangnya dicipta sudah lama dan ia sudah bertapak di setiap Negara termasuk MALAYSIA.Kita tak pernah sedar tentang gerakan ini kan?

Di sini lah saya nak menekankan tentang TANGGUNGJAWAB kita sebagai Muslim,tolong alert pasal apa yang akan saya ceritakan ini kerana ianya sangat-sangat penting.Jangan sampai Islam jatuh,baru kita nak sedar pasal benda ni.Apabila kita tahu pasal Gerakan ni,ia akan menaikkan kita ke satu tahap yang lebih tinggi berbanding golongan-golongan yang tak tahu.Kita boleh sebarkan ia kepada sahabat-sahabat kita supaya mereka turut sedar dan tahu pasal gerakan haram ini.

GERAKAN FREEMASON ini sebenarnya satu gerakan RAHSIA yang dicipta YAHUDI.Tapi disebabkan gerakan ini mempunyai tujuan dan motif yang jahat,ramai yang telah membuat kajian dan menyiasat tentang gerakan ini.Sebab tu sekarang ni gerakan ini tak lagi menjadi satu rahsia.

Apa sebenarnya tujuan gerakan ni?

· Menaikkan nama YAHUDI ke tahap yang paling tinggi.

· Menjadikan YAHUDI sbg pemerintah dunia.


· Menghapuskan semua agama lain termasuk Islam,Kristian,Buddha dan sbgainya.




Dengan bahasa mudah,YAHUDI mencipta gerakan ini untuk memerintah dunia dan sekarang ni mereka sudah hampir berjaya.

Fakta-fakta tentang gerakan ini:

· Islam adalah musuh utama mereka

· Gerakan ini disertai oleh golongan-golongan bertaraf tinggi

· Raja-raja Melayu serta Menteri MALAYSIA juga majority menyertainya

· Gerakan ini menggalakkan seks,judi dan sbgainya

· Ia merupakan gerakan yang berprofil tinggi,sesiapa yang menyertainya akan mempunyai taraf yang tinggi

· Individu yang memegang jawatan-jawatan besar turut mnyertai gerakan ini.

· Individu yang ingin menyertai perlu melafazkan ikrar yang meninggikan kaum YAHUDI.

· YAHUDI sebagai pemimpin utama.

· Bekas setiausaha PBB yang dulu merupakan ahli Gerakan ini.

· 50 peratus daripada pentadbiran PBB sekarang terdiri dari individu kaum YAHUDI.

· Lebih separuh rakyat Amerika Syarikat berbangsa YAHUDI.

· Mereka cuba menembusi Malaysia menerusi APCO dan mereka sudah berjaya.

· Mereka menyesatkan agama-agama lain menerusi Muzik,Seks,Drug,Fashion dan sbgnya.

· Hiburan masa kini banyak dipengaruhi oleh mereka.Contohnya Anugerah Muzik yang lepas di Malaysia.Banyak menerapkan cirri-ciri FREEMASON.

· Mereka mempengaruhi individu-individu melalui pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang di bina oleh mereka sendiri iaitu ST.JOHN dan banyak lagi.

· Mereka menggunakan lambang satu mata(mata dajal)

David Beckham:ASET BERHARGA GERAKAN FREEMASON

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham ialah bintang bola sepak no 1 dunia. Beliau sebenarnya berketurunan Yahudi di sebelah datuknya. Beliau dilahirkan di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom.

Permulaan karier bola sepak Beckham berputik sejak beliau kanak-kanak lagi iaitu di Ridgeway Park, Chingford. Adalah tidak memeranjatkan jika bintang David Beckham bersinar dalam arena ini kerana kedua-dua ibu bapanya adalah peminat fanatik kelab Manchester United.

Walaupun bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej keyahudiannya itu di mata dunia.

Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

Beckham juga mendedahkan dalam buku autobiografinya dengan mengatakan semasa kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah datuknya.

Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau juga sering memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel..




Banyak lagi kalau nak ceritakan kat sini.

Jadi apa tanggungjawab kita?

1. Sebarkan ilmu ni(copy and paste link ni)

2. Tolak sebarang idea yang berunsur freemason.

3. Jangan sesekali terikut-terikut dengan budaya mereka,kerana itu adalah usaha mereka untuk menghancurkan kita.

4. Selebihnya,fikir sendiri ye.Semua dah besar.





Written By:TBW

Tuesday, May 25, 2010

Bangsa Melayu bangsa BUANG ANAK?




ALOR STAR – Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.
Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama.
Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.
Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.
Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.
Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan.
Doktor mendapati pelajar itu sebenarnya baru bersalin dan memaklumkannya kepada ustazah berkenaan. Selepas dipujuk, barulah pelajar itu mengaku melahirkan anak sebelum membuangnya di belakang asrama.
Menurut seorang kakitangan sekolah itu yang ditemui Kosmo! semalam, disebabkan badan pelajar itu yang agak gempal dan tinggi menyebabkan pelajar dan kakitangan sekolah tidak menyedari dia mengandung sehingga sembilan bulan.
“Pelajar itu selalu tidak sihat dan pernah berhenti belajar di sini dahulu dan sambung belajar semula, semua orang tak sangka dia mengandung, lagi pun dia tidak bergaul sangat dengan orang lain,” jelasnya yang enggan dikenali.
Katanya, sekolah terbabit gempar apabila melihat beberapa orang guru mencari mayat bayi di tempat buang sampah di belakang asrama sekolah.
“Mayat itu dijumpai dalam keadaan terbakar sebab kawasan itu tempat buang sampah. Tukang kebun bakar sampah lalu terkena mayat bayi, semua badan terbakar kecuali sedikit sahaja di bahagian muka,” ujarnya.
Sementara itu jurucakap polis memberitahu, guru sekolah agama berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Langgar di sini kelmarin.


Ehsan:http://beritamalaysiakini.wordpress.com/
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Title post ini agak kejam kan?Tapi hakikatnya,memang bangsa Melayu BANGSA BUANG ANAK.Dua hari lepas saya ada terlihat seekor kucing yang bersusah payah turunkan anaknya yang baru lahir dari bumbung sebuah bangunan.Tapi usia anaknya itu tak panjang.Anak kucing tu terlepas dari mulut ibunya dan jatuh ke bawah.Kejadian ni membuat hati saya jadi sayu.Tapi sebenarnya bangsa kita lagi teruk dari ni.Kalau tak percaya,tengok baik-baik gambar ni.

Baby tu hampir-hampir dibuang oleh bapanya yang merupakan seorang penagih dadah.

Kalau lah ikut kan hati kita buang balik orang yang buang anak ni.Biar diorg rasa macam mana perasaan dibuang.Buang anak macam buang sampah.Kucing pandai jaga anak mereka.Apa nak jadi dengan bangsa kita.

Merujuk kepada berita kat atas ni,ia just satu dalam berjuta-juta berita tentang kes buang anak.Tapi kes kat atas ni agak special.Pelajar perempuan yang bertudung labuh dan sedang belajar di sebuah sekolah agama yang juga berbangsa melayu buang anak selepas melahirkannya di bilik asrama.Nasib baik bayi tak berdosa tu tak hangus dibakar tukang kebun.Kalau tak memang berdosa besar.

Kalau yang pakai tudung labuh dah macam nie,yang freehair agak-agaknya cam mana ye? kita doa-doa je lah moga semua akan kembali ke jalan yang benar.Amin...~

Tapi kes buang anak ni sekarang memang semakin menjadi-jadi.Jangan terkejut pulak kalau kita terjumpa patung baby yang dah usang kat belakang bangunan lama sebab tu mungkin bukan patung baby,tp baby sebenar.waaa..seram2..

kat bawah nie saya selitkan beberapa keping gambar bayi terbuang.Disyorkan kepada mereka yang sensitif,jangan tengok gambar ni,Nanti abis basah keyboard anda.Warranty dah habis tu.. wakakaka.





Antara kes-kes buang anak:
  1. 13 Februari 2010, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai menemui bayi lelaki rentung dalam tong sampah di belakang sebuah bank. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar.
  2. 10 Februari 2010, seorang bayi perempuan diletakkan di hadapan rumah Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Yan, Asisten Supritendan Abdul Rauf Md. Johar di Taman PKNK, Alor Setar. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah melihat bayi itu cukup sifat. Bayi itu lengkap berpakaian dan diselimuti dengan kain lampin berwarna putih.
  3. 10 Februari 2010 - mayat bayi perempuan sedang dihurungi semut di pintu pagar Masjid Permatang Duyong,Melaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman menyatakan bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat.