Baca tajuk berita ni pun ramai dah kecewa.Apa taknye,peluang nak tengok Christiano Ronaldo beraksi hancuss..
Semalam kat TV3,kluar berita pasal trip Real Madrid ke Malaysia cancel.Detail pasal trip ni korang bleh baca melalui post-post sebelum ni atau klik je kat link ni.
http://theboldword.blogspot.com/2010/05/christiano-ronaldo-datang-malaysia.html
Bile dengar berita ni,lawak jugak.Sebab dah ramai yang tak sabar-sabar nak tgk Real Madrid datang ke Malaysia untuk friendly match.
Tapi last-last tak jadi.Tapi kenape tak jadi??
Kerana masalah penaja atau lebih tepat lagi FAM tak mampu nak menanggubg kos trip Real Madrid ke Malaysia.Sedih la plak mendengarnye.Takpelah,tgk kat tv je lah.World Cup pun dah dekat .
Tapi team dari England,Cardiff City dah confirm akan datang ke Malaysia untuk friendly match.
Berhubung dengan Piala Dunia a.k.a World Cup,banyak berita-berita sedih yang terpaksa didengari oleh kita.
Antaranya,dua pemain handalan tak dapat diturunkan sepanjang Piala Dunia ni kerana masalah kecederaan iaitu Nani dan Drogba.
Kat bawah ni ialah jadual Piala Dunia nanti mengikut waktu Malaysia.Demam bola dah nak mula dah.
So,katakan YA!! pada bola dan TIDAK!! pada judi.
klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Blog Readers
Showing posts with label terkini. Show all posts
Showing posts with label terkini. Show all posts
Wednesday, June 9, 2010
Thursday, May 27, 2010
Christiano Ronaldo datang Malaysia
JIKA segalanya berjalan lancar, kelab bola sepak terkemuka Sepanyol, Real Madrid bakal berada di Kuala Lumpur untuk latihan dan aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia dari 14 hingga 21 Ogos depan.
* United percaya mereka lepas Ujian Kewangan UEFA
Real yang bakal dibimbing Jose Mourinho tentunya akan hadir dengan barisan bintang diketuai Cristiano Ronaldo, Kaka, Gonzalo Higuain, Xabi Alonso, Iker Casillas dan Raul untuk diuji kehandalan mereka oleh anak-anak buah K. Rajagobal.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya baru saja menerima makluman awal berhubung kehadiran Real itu daripada sebuah syarikat penganjuran acara sukan dari Singapura semalam.
"Menurut surat terbabit, Real akan datang ke sini (Kuala Lumpur) pada 14 hingga 21 Ogos depan. Memandangkan tarikh itu jatuh pada bulan Ramadan, perlawanan itu nanti akan diadakan pada sebelah malam.
"Buat masa ini, belum ada surat rasmi lagi. Tapi kalau jadi, selain berlatih, Real akan mengadakan klinik bola sepak dan dua perlawanan persahabatan, sama seperti ketika kita bertemu Manchester United tahun lalu.
"Segala keputusan mengenai perkara ini akan diputuskan pada 4 Jun depan, sama ada rundingan ini berhasil atau sebaliknya. Tapi FAM bersedia untuk merealisasikannya," katanya pada sidang media di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras petang semalam.
Namun apa yang pasti, perlawanan tersebut tidak akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang akan memulakan sesi baik pulih treknya bermula pertengahan Jun ini dan Stadium Shah Alam mungkin menjadi pilihan terbaik kerana ia boleh memuatkan 80,000 penonton.
Azzuddin menambah, selain aksi menentang Real itu, skuad kebangsaan juga akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City pada 15 Julai dan skuad B-23 Korea Selatan pada penghujung Julai.
"Saya sudah menerima e-mel secara tidak rasmi daripada Datuk Chan Tien Ghee (pemilik Cardiff) dan beliau memohon aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan pada 15 Julai.
"Rundingan untuk membawa skuad B-23 Korea Selatan ke sini pula masih diteruskan. Ia bersempena meraikan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Korea Selatan. Empat pemain skuad tersebut beraksi pada Piala Dunia 2010," jelasnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ehsan:KOSMO
wah..wah..wah
nampak gaya pelakon bola terhebat bro ronaldo nak dtg Malaysia.Nak fight bola ngn Malaysia tuh.
Bukan calang-calang.
Tapi apa-apa pun kita tetap sokong negara kita.Kalau xleh seri pun kurang kan lah gol.Jangan bagi banyak sangat.Kepada bro ronaldo,jangan kejam sangat.
Kami tau anda dan Real Madrid memang cukup-cukup hebat.
Labels:
terkini
Wednesday, May 26, 2010
Slipknot bassist Paul Gray dies aged 38
- Bassist's body was found in his hotel room earlier today (May 24)
Slipknot 's Paul Gray has died at the age of 38.
The bassist was found dead in his hotel room in Des Moines, Iowa, earlier today (May 24).
Police have found no evidence of foul play at the scene, but there will be an investigation into his death.
Gray, who was one of the original members of Slipknot when they formed in 1995, was expecting his first child with his wife Brenna.
The band paid tribute to their bassist, changing the front page of Slipknot.com to a picture of Gray, though they have yet to comment.
Labels:
terkini
Monday, May 24, 2010
Curi kabel rentung putus dua.
MUADZAM SHAH: Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.
Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.
Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.
Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.
Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua.
“Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.
“Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam.
Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.
“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 24, berkata kegiatan bodoh mencuri kabel elektrik di Felda berkenaan dikesan semakin berleluasa sejak enam bulan lalu.
“Kecurian kabel menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus. Sudah beberapa kali gangguan elektrik berlaku disebabkan kegiatan jenayah terbabit disyaki dilakukan penagih dadah.
“Apapun, kejadian ngeri itu diharap memberi pengajaran mengenai padah mencuri kabel elektrik dan berharap pihak berkenaan melakukan tindakan sewajarnya supaya penduduk tidak mendapat masalah akibat perbuatan pencuri terbabit,” katanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kah..kah..kah..
mau curi itu itu kabel,setan duk hasut tepi telinga.curila curila..
tapi tiba-tiba petir memanah.Badan yang sempurna terus putus dua.
dan setan pn ketawa..
kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
ngeri betol.Buang anak pun belum habis lagi.Ni tambah pulak dengan buang separuh badan.Moga mendapat keampunan di akhirat kelak.
Tu la,bila org cakap Tuhan tu Maha Melihat buat dek jek.Nak kena Tuhan tunjuk dulu baru nak percaya.Bila dah Tuhan tunjuk,habis la kita.
Jadi,jgn degil2.Jadila hamba Allah yang taat.Jangan curi kabel.kesian kat orang yang duk tengah tengok bola.Tiba-tiba je tv mati.
Moga-moga jadi pengajaran buat kita semua SO, JANGAN CURI KABEL.

Sunday, May 23, 2010
YOUTH’ 10 Festival Remaja Malaysia
Bermula pada 28 sehingga 30 Mei 2010,satu program atau event yang memang best dan happening akan diadakan di Kuala Lumpur(PWTC).Sedikit sebabnyak info pasal youthsays ni,ia merupakan satu website yang popular di kalangan remaja yang di uruskan oleh satu organisasi/syarikat.Bermulanya tarikh kat atas ni,satu event yang di organize oleh diorg sendiri akan diadakan di Putra World Trade Centre.Event yang besar ni terdiri daripada sub2 event yang enjoyable dan best seperti sport match,basketball match,photographer talk dll.So,sape xpergi memang rugi.Kalo nak masuk event ni,boleh dapatkan free 3-days pass kat website youthsays sendiri.Klik je kat sini.
Korg akan dapat email approvement daripada youthsays seperti lam gambar kat bawah ni.
Ni plak merupakan site map untuk event Youthsays tuh.
Banyak lagi sub-event sepanjang Festival ni cam konsert dll.Ambik lah peluang n dtg bersama keluarga.Anda juga boleh mendaftar sebagai volunteer untuk program ni kat website youthsays.Anda akan dapat 20 sen komisen bagi setiap individu yang daftar untuk dapatkan 3-days free pass tu menggunakan link anda sebagai referrel.Untung kan? Sape la nak bagi duit free2.Sambil2 layan facebook tuh,masuk jugak income ye.
Event ni tinggal 6 hari lagi,so,jom la ramai2!!!
Labels:
terkini
Keputusan AF8
Shahir Juara AF8!
Konsert akhir AF8 baru sahaja melabuhkan tirainya dan seperti yang sudah dijangkakan oleh ramai peminat Akademi Fantasia musim ke-8 ini termasuklah kami, nyata kemasukan semula Shahir kedalam Akademi Fantasia mengangkatnya sebagai Juara Akademi Fantasia 8 (AF8). Oleh itu, tahniah diucapkan kepada Shahir diatas kemenangan tersebut.
Fakta tentang Juara AF8:
Bekas pelajar UIA
Merupakan bekas ahli kumpulan Nasyid Saujana
Lagu yang membawa kemenangan kepada Shahir: Kebahagiaan dalam perpisahan
Labels:
terkini
Piala Dunia 2010 vs Judi/Gambling License.Apa pendirian kita?
Antara isu yang kini hangat dibahaskan oleh setiap pihak ialah isu lesen pertaruhan/perjudian yang terang terangan telah diluluskan permohonannya oleh KERAJAAN MALAYSIA.Bersempena Piala Dunia 2010 nanti,kerajaan telah memberi lesen pertaruhan kepada sebuah syarikat untuk menguruskan pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung nanti.Menurut sumber yang boleh dipercayai,kini,sebuah syarikat bumiputera iaitu BumiBet turut memohon lesen perjudian tersebut daripada kerajaan dengan alasan tidak adil jika syarikat bumiputera tidak diberi hak yang sama untuk mengaut keuntungan sepanjang Piala Dunia 2010 nanti.
Antara fakta-fakta berkaitan dengan isu ini:
Pendirian ABIM(Angkatan Belia Islam Malaysia ) :
Persoalannya kat sini,apa pendirian kita?Bantah,sokong atau buat pekak telinga je? Pendapat peribadi saya terhadap isu hot ini semestinya bantah!.Bg saya apabila dengar je perkataan judi,yang pertama sekali yg terlintas ialah HARAM.Tiada kompromi.Agama Islam sememangnya mengharamkan sebarang bentuk perjudian.
Jadi tanpa sebarang pertimbangan,kita sememangnya menolak judi ni jauh-jauh.Tapi apa yang berlaku bertentangan dengan yang sepatutnya.Media massa pulak buat pekak telinga seolah-seolah takde apa yang berlaku.Isu ni sememangnya menjatuhkan menjatuhkan maruah kerajaan MALAYSIA dimata dunia terutamanya negara-negara Islam.Malaysia yang mempunyai status negara Islam tak sepatutnya terlibat dalam isu sebegini.
Katakan Ya untuk bola,katakan Tidak untuk JUDI.
Antara fakta-fakta berkaitan dengan isu ini:
- Lesen ini diluluskan oleh kementerian kewangan Malaysia. Gambar kat atas ni merupakan keratan daripada akhbar Online Berita Harian. "Jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pemohon,aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.",Datuk Dr Awang Adek Hussein.(wakaka...ijazah universiti mane la yang dia dapat ye.)
- Kelulusan lesen perjudian ini ditentang sekeras-kerasnya oleh majoriti rakyat Malaysia,namun tetap tiada sebarang respon dari KERAJAAN.
- Pada 15 Mei,5 buah negeri(P.Pinang,Terengganu,Perak,N.9,Selangor) telah membuat himpunan aman secara besar-besaran untuk membantah kelulusan lesen judi ini.
- BumiBet, sebuah syarikat yang dimiliki oleh dua usahawan Bumiputera , Datuk Dr. Hafiz Chan dan Tan Sri Shahrul Deus khabarnya telah memohon secara rasmi kepada Kementerian Kewangan bagi menganjurkan pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung di benua Afrika Selatan Jun nanti.
- Serentak 11 Jun nanti,Piala Dunia 2010 dan perjudian akan bermula dengan gilang-gemilangnya tanpa sebarang sekatan.
Pendirian ABIM(Angkatan Belia Islam Malaysia ) :
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010. Klik Klik
Persoalannya kat sini,apa pendirian kita?Bantah,sokong atau buat pekak telinga je? Pendapat peribadi saya terhadap isu hot ini semestinya bantah!.Bg saya apabila dengar je perkataan judi,yang pertama sekali yg terlintas ialah HARAM.Tiada kompromi.Agama Islam sememangnya mengharamkan sebarang bentuk perjudian.
Firman Allah s.w.t pada surah Al-Baqarah ayat 229 : “Itulah hukum-hukum Allah , maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim”.