Blog Readers

Thursday, May 27, 2010

"MAGGIE TIDAK BERBAHAYA UNTUK KESIHATAN":Kementerian Kesihatan Malaysia


Maggie tidak berbahaya untuk kesihatan? Kenyataan ni bukan budak tadika yang buat ye tapi Kementerian Kesihatan Malaysia yang keluarkan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.
Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana ia memudaratkan kesihatan.
Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Macam mana tu?Kenyataan Maggie tidak berbahaya untuk kesihatan? Aishh..kementerian dapat komisen ke keluarkan kenyataan begini? Maklumlah Maggie ni tak pernah tak laku,sentiasa laku.
Kenyataan si atas telah menimbulkan kontroversi dalam negara kira dan juga negara-negara jiran.Sebenarnya kenyataan ni dah lama dikeluarkan,tapi buat mereka yang masih tak tahu,ni saya nk bgtau.Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan ini dibuat tanpa asas atau kajian.Macam mana Maggie yang sememangnya berbahaya itu boleh dikatakan tidak berbahaya,bukannya budak Tadika KEMAS yang kata,tapi Kementerian Kesihatan yang kata.
Waaa..bayangkan macam mana kesannya nanti kepada rakyat Malaysia.Mesti ada yang melompat-lompat dan menjadikan Maggie sebagai meal utama dalam kehidupan seharian.Sarapan,lunch,dinner semua dengan Maggie,sehinggakan sahur pun dengan Maggie*bagi yang puasa la*..
Sekarang ni banyak organisasi yang mendesak Kementerian buat kajian sendiri dan buktikan kesahihannya.
Tengok kat bawah ni.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buktikan dengan kajian makmal



GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam meminta Kementerian Kesihatan membuat sendiri kajian makmal bagi membuktikan kesahihan dakwaan bahawa mi segera tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai.
Kementerian itu dalam kenyataannya yang disiarkan semalam menafikan makanan itu berbahaya dan menganggap CAP yang membuat dakwaan itu pada 21 April lalu tidak mempunyai bukti saintifik.
Pegawai Pendidikan CAP, N.V Subbarow berkata, pihaknya telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi segera berdasarkan keputusan ujian makmal persendirian.

Ehsan:Kosmo
--------------------------------------------------------------------------------------------








Menurut kawan saya yang ambil kos chemical engineering,dia ada bagtaw sedikit sebanyak pasal Maggie ni.Bahan yang paling berbahaya dalam Maggie ni adalah Lilin.*takde kaitan dengan lagu lilin seorang guru ye*.Mi Maggie tu sebenarnya disaluti oleh lilin bagi membuatkan ia tahan lama.Anda bayangkan tompokan-tompokan lilin kalau kena air,dia hilang x? mestilah tak walau air panas sekalipun.
Dan bayangkan kalau Maggie tu masuk dalam perut kita*maknanya kita makan la tu*,cmne perut kita nak hadam?Bagi mereka yang selalu makan Maggie tu,semnggu sepacket ke,samalah macam dia meratah-ratah sebatang lilin setiap minggu.Ada rasa macam kit-kat tak?
Kah..kah..kah..kah….

Jadi kalau nak sangat makan Maggie,ikutlah tips kat bawah nie.Penting untuk menjaga salasilah keturunan keluarga,datuk,cicit,cucu*silap..patut cucu dulu*.Jangan kita makan ‘kit-kat’  istimewa ini.

Kalau nak makan Maggie,jangan sesekali makan Maggie tak masak.Maknanya main ratah je.Tak boleh.Bahaya sangat-sangat.Even walau kita masak pun,still bahaya.
Bagi mereka yang concern tentang anak cucu cicit mereka nanti,ikutlah cara ni.Bila nak makan Maggie,rendam Maggie tu dalam air panas.Biar 10 minit.Pastu buang air dan bilas Maggie tu.Then rendam lagi,buatla 3 kali ke sampai kita nampak takde dah minyak-minyak kat permukaan atas yang terapung.
Tapi saranan yang paling disarankan,JANGAN MAKAN MAGGIE,nanti cepat tua.*takde kaitan langsung..ish3*.
Kah…kah…kah…
Sekian..


GAS(Gerakan Anti Samivellu):Samivellu didesak letak jawatan?

Semalam(26 Mei),berlangsungnya satu perhimpunan besar-besaran di PWTC yang disertai oleh ahli-ahli Gerakan Anti Samy Vellu(GAS).Mereka yang datang ni dengan satu tujuan yang itu inginkan perletekan jawatan oleh Samy Vellu yang merupakan presiden MIC selama 3 dekad.Wah..lama tu..Mahathir pun tak memerintah selama tuh.Gerakan ni dianggotai oleh ramai presiden MIC termasuk V Mugilan yang baru kena pecat oleh Samy Vellu baru-baru ni.V Mugilan ni pegang jawatan sebagai timbalan ketua pemuda MIC sebelum ni.Bila dia kena pecat,dia sertai Gerakan Anti-Samy Vellu ni mendesak Samy Vellu agar letak jawatan.Ramai tak yang datang? 100? 200? sikit sangat tuh..Yang datang hampir 10,000 orang.Waaaa.. Ramai rupanya yang nak Samy Vellu ni letak jawatan ye.

Tapi krisisnye skarang,V Mugilan sbg bekae timbalan ketua pemuda MIC mendakwa bahawa UMNO turut terlibat dalam Gerakan ini dan UMNO menolak dakwaan itu.Kalau betul nak dakwa,hang tunjuk bukti! kata UMNO.

Tapi hakikatnya sekarang betapa ramai yang mahukan Samy Vellu meletakkan jawatan.

Dan bercakap tentang Samy Vellu ni,Bahasa Melayunya sering dipersendakan kerana ianya LAWAK!

kah..kah..kah..kah..

ni satu lawaknya:

"Wartawan suruh si Samy Vellu ni komen pasal angkasawan negara,Syeikh Muzaffar dan dia pun komen....'Sayaa berasaa amat banggaa dan tahniyah kepaddaa Syeikh Muzaffffar keranaa telah beerrjayaa meniggal duniaa selamaaa 10 harrri dan selamatt dikebumikan'."

kah..kah..kah..

sapa tak paham lawak ni boleh komen.saya akan explain satu-satu..

kah..kah..kah..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ehsan:BERNAMA

PETALING JAYA, 26 Mei (Bernama) -- Seramai 10,000 orang dijangka menghadiri pelancaran Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini, melebihi jangkaan awal 7,000 orang, dakwa bekas timbalan ketua Pemuda MIC V Mugilan.

"Pada hari itu, saya kata 7,000 orang tetapi sekarang angka itu telah meningkat kepada 10,000 orang kerana kami sedang mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak," Mugilan berkata pada sidang akhbar di sebuah restoran India di sini Rabu.

Mereka yang dijangka datang termasuk anggota MIC, pemegang saham Maika dan kaum India yang bukan anggota MIC.

Mugilan juga berkata beliau sendiri yang telah menempah Dewan Merdeka di PWTC untuk perhimpunan pada Isnin lepas dan bukan Umno seperti yang didakwa oleh ketua Pemuda MIC T Mohan semalam.

Oleh kerana dewan tersebut boleh menempatkan kira-kira 5,000 orang, beberapa layar besar akan dipasang di luar dewan untuk yang lain mengikuti perhimpunan itu.

Mugilan, yang dipecat oleh presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu Khamis lepas, mendesak presiden MIC itu berundur Julai ini.

"Pada mulanya, saya mendesak beliau untuk berundur akhir tahun ini tapi sekarang saya telah menukar strategi dan membuat keputusan untuk mendesak beliau berundur pada bulan Julai ini," kata Mugilan.

Katanya, keputusan terbaru itu diambil selepas mendapati sokongan untuk mendesak Samy Vellu adalah "terlalu kuat dan sentimen anti-Samy Vellu ini bagus".

Mugilan berkata beliau akan mengumumkan satu pelan pada pelancaran itu untuk mendesak Samy Vellu berundur lebih awal.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah bekas anggota jawatankuasa kerja pusat K.P.Samy dan G.Kumar Aamaan yang juga dipecat Samy Vellu pada Isnin lepas.

Ditanya jika perhimpunan itu gagal mendesak Samy Vellu membut demikian, Mugilan berkata: "Kami akan memberitahu media bahawa Samy Vellu adalah pemimpin terbaik. Kami akan duduk diam dan menyerah."

Mugilan juga menunjukkan resit penempahan Dewan Merdeka dengan bayaran awal RM5,000 bertarikh 24 Mei.

"Resit penempahan dewan itu atas nama saya, kita telah membuat bayaran awal RM5,000 pada 24 Mei. Saya telah berjumpa dengan orang PWTC pada hari Isnin dan telah menempah sebagai orang biasa," katanya sambil menafikan tuduhan Mohan.

Katanya, resit tersebut telah diserahkan di Balai Polis Dang Wangi bagi memohon permit dari polis untuk mengadakan perhimpunan ituyang belum diterima lagi.




Christiano Ronaldo datang Malaysia


JIKA segalanya berjalan lancar, kelab bola sepak terkemuka Sepanyol, Real Madrid bakal berada di Kuala Lumpur untuk latihan dan aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia dari 14 hingga 21 Ogos depan.
* United percaya mereka lepas Ujian Kewangan UEFA

Real yang bakal dibimbing Jose Mourinho tentunya akan hadir dengan barisan bintang diketuai Cristiano Ronaldo, Kaka, Gonzalo Higuain, Xabi Alonso, Iker Casillas dan Raul untuk diuji kehandalan mereka oleh anak-anak buah K. Rajagobal.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya baru saja menerima makluman awal berhubung kehadiran Real itu daripada sebuah syarikat penganjuran acara sukan dari Singapura semalam.

"Menurut surat terbabit, Real akan datang ke sini (Kuala Lumpur) pada 14 hingga 21 Ogos depan. Memandangkan tarikh itu jatuh pada bulan Ramadan, perlawanan itu nanti akan diadakan pada sebelah malam.

"Buat masa ini, belum ada surat rasmi lagi. Tapi kalau jadi, selain berlatih, Real akan mengadakan klinik bola sepak dan dua perlawanan persahabatan, sama seperti ketika kita bertemu Manchester United tahun lalu.

"Segala keputusan mengenai perkara ini akan diputuskan pada 4 Jun depan, sama ada rundingan ini berhasil atau sebaliknya. Tapi FAM bersedia untuk merealisasikannya," katanya pada sidang media di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras petang semalam.

Namun apa yang pasti, perlawanan tersebut tidak akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang akan memulakan sesi baik pulih treknya bermula pertengahan Jun ini dan Stadium Shah Alam mungkin menjadi pilihan terbaik kerana ia boleh memuatkan 80,000 penonton.

Azzuddin menambah, selain aksi menentang Real itu, skuad kebangsaan juga akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City pada 15 Julai dan skuad B-23 Korea Selatan pada penghujung Julai.

"Saya sudah menerima e-mel secara tidak rasmi daripada Datuk Chan Tien Ghee (pemilik Cardiff) dan beliau memohon aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan pada 15 Julai.

"Rundingan untuk membawa skuad B-23 Korea Selatan ke sini pula masih diteruskan. Ia bersempena meraikan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Korea Selatan. Empat pemain skuad tersebut beraksi pada Piala Dunia 2010," jelasnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ehsan:KOSMO


wah..wah..wah
nampak gaya pelakon bola terhebat bro ronaldo nak dtg Malaysia.Nak fight bola ngn Malaysia tuh.
Bukan calang-calang.

Tapi apa-apa pun kita tetap sokong negara kita.Kalau xleh seri pun kurang kan lah gol.Jangan bagi banyak sangat.Kepada bro ronaldo,jangan kejam sangat.

Kami tau anda dan Real Madrid memang cukup-cukup hebat.

Wednesday, May 26, 2010

Gemuk? Ketahui petua mengurangkan kegemukan.

Gemuk?? Masalah yang biase yang sering dihadapi golongan remaja.Masalah gemuk ni bahaya sebenarnya bg sesetengan orang kerana ia dapat buat seseorang tu rasa rendah diri apabila nak berdiri di depan dan juga rasa malu untuk bergaul lebih-lagi dengan golongan berlainan jantina.



  Ehsan:Utusan Malaysia Online.(klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Sebenarnya masalah gemuk ni boleh dikurangkan secara perlahan tanpa mengambil mana-mana produk.Sebelum tu,apa faktor-faktor gemuk ni ye?
  1. Tido lewat.Kul 1,2,3 baru nak tido tu yang jadi gemuk tuh.
  2. Makan makanan berlemak banyak sangat.Contoh? masak merah dan sbgnye.
  3. Makan nasi banyak sangat Nasi ni punca utama kegemukan taw.Nasi ni xmacam makanan lain.Dia kompleks dan akan meninggalkan sisa selepas dihadam.Jangan makan nasik banyak sgt.
  4. Kurang exercise.Exercise?? lecehlah.. <-- ayat biasa yang kita dengar kan.Sebenarnya kalau malas sangat nak exercise,tak payah exercise.Tapi banyakkan bergerak.Nak pi kedai tak yah bawak moto,jalan kaki je.Kalau rumah ada tangga,main turun naik tangga sampai tngga tu patah okeh.
  5. Makan lewat malam.Haaaa..yang ni memang glamer.Paling-paling bagi kesan.Anda amalkan sminggu,badan anda akan jadi macam tong drum kumpulan Hujan..*Bila aku sudah tiada..*..Jangan sesekali makan lewat malam.kul 11 or 12 tu buat la keje lain.Lupakan pasal makan.
  6. Faktor genetik juga diambil kira.Saya ada seorang kawan yang sangat kurus sehingga orang panggil dia dengan gelaran 'ubat'.Means mat drug or sumthing like dat la.*wah..speaking*.. Tapi yang istimewanya,dia ni makan xingat dunia.Da la makan banyak..*nasik tambah satu!!* pastu,makan je keje.Tapi tak gemuk-gemuk.Maintain mat drug.Nak buat cmne,dah genetiknya camtu kan.Ada orang dia makan sikit pun badan dah naik. 
  7. Kurang minum air.Orang yang gemuk memang kurang air dalam badan.Kurang pada 50 persen.
  8. Makan junk food banyak sangat.Mamee monster lah,potatoes lah,super ring lah.Tak elok.Jangan-jangan.








Cara-cara nak overcome gemuk??
  1. Minum air banyak-banyak!! pastikan air mineral sentiasa ada ngn kita.Setiap 5 minit,minum.Minum air putih nih sampai kenyang.Sebelum kita ambik meal,minum dlu air putih nih banyak-banyak biar kita rasa kenyang.Then,automatically,kita akan ambik meal dengan sedikit sebab dah kenyang minum air. Jangan sesekali makan diselangi dengan minum air.Sangat-sangat xbaik.Dan jangan minum air banyak sangat selepas kita habiskan meal.Tak baik!!
  2. Bila makan,ambik nasik dengan sedikit.Tapi jangan sikit sangat ye.Maksudnye kat sini,jangan ambik dengan banyak.Ambik sayur yang best-best dengan banyak xpe.Ayam daging pn jangan ambik dengan banyak.Kurangkan makan nasik.Malam pun,kurangkan nasik.Kalau boleh dinner selain nasik lg bagus.Tpi jangan dinner dengan KFC pulak.
  3. Banyakkan bergerak atau berjalan.Rajin-rajin bangun dan berjalan.Kalau orang naik bas,kita berjalan je.wakaka.. Kalau dapat berjalan masa tidur lagi bagus.2 dalam satu.menjimatkan masa..
  4. Tido awal..Make sure paling lewat tido pun pkul 12 malam.Bagi badan kita masa untuk rehat.Jangan tdo lewat.Nanti badan naik lagi.
  5. Jangan makan lewat malam.makan lewat boleh jadi punca utama gemuk.Tapi bagi yang nak gemuk,saya syorkan makan lah lewat malam!
  6. Kurangkan junk food.Sikit-sikit xpe.Tapi jangan banyak sangat.Kalau setakat mamee 3 posen tuh xkisah la kan.Tapi kalau dah buat bekalan seminggu,memang la gemuk.Dengan kata lain baik xyah makan teruslah.Boleh save duit kan.Pastu bleh beli kete ferrari 2 buah.
  7. Ambik produk-produk juga boleh membantu.Tapi tengok pada produk jugak>Saya syorkan HerbaLife.Kawan saya ada ambik dan kesannya memang nampak jelas.Kurus hingga ke tulang.Herbalife ni,dia bagi nutrien yang seimbang kpd kita tanpa bahan kimia dan kita tak perlu jaga makan sangat.Tpi,hati-hati dengan produk lain sebab ada yang bg side effect.

Yang paling penting,tetap mind set kita,SAYA BOLEH!! ^^

Ni lak sedikit PETUA untuk dikongsi.Kalau rasa berminat,cuba try.



Menurunkan Berat Badan:

Petua 1 :
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun

Petua 2 :
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3 : Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.


Membuang Lemak Badan

Petua 1 :
Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 :
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Slipknot bassist Paul Gray dies aged 38

  • Bassist's body was found in his hotel room earlier today (May 24)




Slipknot 's Paul Gray has died at the age of 38.

The bassist was found dead in his hotel room in Des Moines, Iowa, earlier today (May 24).

 Police have found no evidence of foul play at the scene, but there will be an investigation into his death.

Gray, who was one of the original members of Slipknot when they formed in 1995, was expecting his first child with his wife Brenna.

The band paid tribute to their bassist, changing the front page of Slipknot.com to a picture of Gray, though they have yet to comment.

DRAW MOHAMAD DAY FIRST ANNUAL

Tahu tak ape itu DRAW MOHAMAD DAY FIRST ANNUAL?? Bukak facebook taip DRAW MOHAMAD DAY FIRST ANNUAL,kamu akan jumpa satu group yang bernama EVERYBODY DRAW MOHAMAD DAY.

Molly Norris yang didakwa menganjurkan “Everybody Draw Mohammed Day” telah meminta maaf pada seluruh umat Islam. Ya, sebagai seorang muslim kita patut maafkannya, malah Molly Norris sendiri mengaku bahawa bukan beliau yang mencipta laman “Everybody Draw Mohammed Day” di Facebook, tetapi orang lain yang beliau sendiri tak kenal

Tahu x sape tu Molly Norris? Dia ni ialah insan yang telah mencetuskan kontroversi seluruh dunia kerana telah melukis karikatur Rasulullah S.A.W sedangkan dalam Islam,kita dilarang sama sekali berbuat sebegitu.

Dan sekarang ni ada individu yang menyambung perjuangannya dengan mencipta group tersebut kat facebook(sekarng ni,group tu dah xde sebab kena banned!!! wakakaka.. ) Tapi muncul lagi group lain yang cuba nak sambung perjuangan haram ini.Mereka sambut 1st annual pada 20 May yang lepas.


Apa tanggungjawab kita? Kita tak perlu nak gi bakar gereja atau bunuh atau makan mereka.Bkn ni yang diajar nabi kita yang kita sayang.

Tapi sekurang-kurangnya kita sedar tentang benda ni dan tunjukkan yang kita 'benci' padanya.
Jangan sesekali tertipu dengan isu yang mereka bawa.Bagi mereka,karikatur-karikatur ini bertujuan untuk tunjuk yang Islam ni tiada kebebasan sebab tak boleh lukis gambar Rasulullah.Tapi,siapakah mereka untuk judge agama kita?mereka bukan Islam dan mereka tak tahu menahu pun pasal agama kita.


Kita sebagai muslim yang sejati perlu tahu pasal benda nih.Jangan kita sibuk dengan kehidupan seharian sedangkan MEREKA sibuk mempersenda-sendakan agama Islam yang kita cinta.



  •  klik gambar untuk paparan lebih jelas.
(klik untuk ke blognya).