Maggie tidak berbahaya untuk kesihatan? Kenyataan ni bukan budak tadika yang buat ye tapi Kementerian Kesihatan Malaysia yang keluarkan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.-----------------------------------------------------------------------------------------------
Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana ia memudaratkan kesihatan.
Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.
Macam mana tu?Kenyataan Maggie tidak berbahaya untuk kesihatan? Aishh..kementerian dapat komisen ke keluarkan kenyataan begini? Maklumlah Maggie ni tak pernah tak laku,sentiasa laku.
Kenyataan si atas telah menimbulkan kontroversi dalam negara kira dan juga negara-negara jiran.Sebenarnya kenyataan ni dah lama dikeluarkan,tapi buat mereka yang masih tak tahu,ni saya nk bgtau.Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan ini dibuat tanpa asas atau kajian.Macam mana Maggie yang sememangnya berbahaya itu boleh dikatakan tidak berbahaya,bukannya budak Tadika KEMAS yang kata,tapi Kementerian Kesihatan yang kata.
Waaa..bayangkan macam mana kesannya nanti kepada rakyat Malaysia.Mesti ada yang melompat-lompat dan menjadikan Maggie sebagai meal utama dalam kehidupan seharian.Sarapan,lunch,dinner semua dengan Maggie,sehinggakan sahur pun dengan Maggie*bagi yang puasa la*..
Sekarang ni banyak organisasi yang mendesak Kementerian buat kajian sendiri dan buktikan kesahihannya.
Tengok kat bawah ni.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buktikan dengan kajian makmalGEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam meminta Kementerian Kesihatan membuat sendiri kajian makmal bagi membuktikan kesahihan dakwaan bahawa mi segera tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai.
Kementerian itu dalam kenyataannya yang disiarkan semalam menafikan makanan itu berbahaya dan menganggap CAP yang membuat dakwaan itu pada 21 April lalu tidak mempunyai bukti saintifik.
Pegawai Pendidikan CAP, N.V Subbarow berkata, pihaknya telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi segera berdasarkan keputusan ujian makmal persendirian.
Ehsan:Kosmo
--------------------------------------------------------------------------------------------
Menurut kawan saya yang ambil kos chemical engineering,dia ada bagtaw sedikit sebanyak pasal Maggie ni.Bahan yang paling berbahaya dalam Maggie ni adalah Lilin.*takde kaitan dengan lagu lilin seorang guru ye*.Mi Maggie tu sebenarnya disaluti oleh lilin bagi membuatkan ia tahan lama.Anda bayangkan tompokan-tompokan lilin kalau kena air,dia hilang x? mestilah tak walau air panas sekalipun.
Dan bayangkan kalau Maggie tu masuk dalam perut kita*maknanya kita makan la tu*,cmne perut kita nak hadam?Bagi mereka yang selalu makan Maggie tu,semnggu sepacket ke,samalah macam dia meratah-ratah sebatang lilin setiap minggu.Ada rasa macam kit-kat tak?
Kah..kah..kah..kah….
Jadi kalau nak sangat makan Maggie,ikutlah tips kat bawah nie.Penting untuk menjaga salasilah keturunan keluarga,datuk,cicit,cucu*silap..patut cucu dulu*.Jangan kita makan ‘kit-kat’ istimewa ini.
Kalau nak makan Maggie,jangan sesekali makan Maggie tak masak.Maknanya main ratah je.Tak boleh.Bahaya sangat-sangat.Even walau kita masak pun,still bahaya.
Bagi mereka yang concern tentang anak cucu cicit mereka nanti,ikutlah cara ni.Bila nak makan Maggie,rendam Maggie tu dalam air panas.Biar 10 minit.Pastu buang air dan bilas Maggie tu.Then rendam lagi,buatla 3 kali ke sampai kita nampak takde dah minyak-minyak kat permukaan atas yang terapung.
Tapi saranan yang paling disarankan,JANGAN MAKAN MAGGIE,nanti cepat tua.*takde kaitan langsung..ish3*.
Kah…kah…kah…
Sekian..