Blog Readers

Wednesday, May 26, 2010

Gemuk? Ketahui petua mengurangkan kegemukan.

Gemuk?? Masalah yang biase yang sering dihadapi golongan remaja.Masalah gemuk ni bahaya sebenarnya bg sesetengan orang kerana ia dapat buat seseorang tu rasa rendah diri apabila nak berdiri di depan dan juga rasa malu untuk bergaul lebih-lagi dengan golongan berlainan jantina.



  Ehsan:Utusan Malaysia Online.(klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Sebenarnya masalah gemuk ni boleh dikurangkan secara perlahan tanpa mengambil mana-mana produk.Sebelum tu,apa faktor-faktor gemuk ni ye?
  1. Tido lewat.Kul 1,2,3 baru nak tido tu yang jadi gemuk tuh.
  2. Makan makanan berlemak banyak sangat.Contoh? masak merah dan sbgnye.
  3. Makan nasi banyak sangat Nasi ni punca utama kegemukan taw.Nasi ni xmacam makanan lain.Dia kompleks dan akan meninggalkan sisa selepas dihadam.Jangan makan nasik banyak sgt.
  4. Kurang exercise.Exercise?? lecehlah.. <-- ayat biasa yang kita dengar kan.Sebenarnya kalau malas sangat nak exercise,tak payah exercise.Tapi banyakkan bergerak.Nak pi kedai tak yah bawak moto,jalan kaki je.Kalau rumah ada tangga,main turun naik tangga sampai tngga tu patah okeh.
  5. Makan lewat malam.Haaaa..yang ni memang glamer.Paling-paling bagi kesan.Anda amalkan sminggu,badan anda akan jadi macam tong drum kumpulan Hujan..*Bila aku sudah tiada..*..Jangan sesekali makan lewat malam.kul 11 or 12 tu buat la keje lain.Lupakan pasal makan.
  6. Faktor genetik juga diambil kira.Saya ada seorang kawan yang sangat kurus sehingga orang panggil dia dengan gelaran 'ubat'.Means mat drug or sumthing like dat la.*wah..speaking*.. Tapi yang istimewanya,dia ni makan xingat dunia.Da la makan banyak..*nasik tambah satu!!* pastu,makan je keje.Tapi tak gemuk-gemuk.Maintain mat drug.Nak buat cmne,dah genetiknya camtu kan.Ada orang dia makan sikit pun badan dah naik. 
  7. Kurang minum air.Orang yang gemuk memang kurang air dalam badan.Kurang pada 50 persen.
  8. Makan junk food banyak sangat.Mamee monster lah,potatoes lah,super ring lah.Tak elok.Jangan-jangan.








Cara-cara nak overcome gemuk??
  1. Minum air banyak-banyak!! pastikan air mineral sentiasa ada ngn kita.Setiap 5 minit,minum.Minum air putih nih sampai kenyang.Sebelum kita ambik meal,minum dlu air putih nih banyak-banyak biar kita rasa kenyang.Then,automatically,kita akan ambik meal dengan sedikit sebab dah kenyang minum air. Jangan sesekali makan diselangi dengan minum air.Sangat-sangat xbaik.Dan jangan minum air banyak sangat selepas kita habiskan meal.Tak baik!!
  2. Bila makan,ambik nasik dengan sedikit.Tapi jangan sikit sangat ye.Maksudnye kat sini,jangan ambik dengan banyak.Ambik sayur yang best-best dengan banyak xpe.Ayam daging pn jangan ambik dengan banyak.Kurangkan makan nasik.Malam pun,kurangkan nasik.Kalau boleh dinner selain nasik lg bagus.Tpi jangan dinner dengan KFC pulak.
  3. Banyakkan bergerak atau berjalan.Rajin-rajin bangun dan berjalan.Kalau orang naik bas,kita berjalan je.wakaka.. Kalau dapat berjalan masa tidur lagi bagus.2 dalam satu.menjimatkan masa..
  4. Tido awal..Make sure paling lewat tido pun pkul 12 malam.Bagi badan kita masa untuk rehat.Jangan tdo lewat.Nanti badan naik lagi.
  5. Jangan makan lewat malam.makan lewat boleh jadi punca utama gemuk.Tapi bagi yang nak gemuk,saya syorkan makan lah lewat malam!
  6. Kurangkan junk food.Sikit-sikit xpe.Tapi jangan banyak sangat.Kalau setakat mamee 3 posen tuh xkisah la kan.Tapi kalau dah buat bekalan seminggu,memang la gemuk.Dengan kata lain baik xyah makan teruslah.Boleh save duit kan.Pastu bleh beli kete ferrari 2 buah.
  7. Ambik produk-produk juga boleh membantu.Tapi tengok pada produk jugak>Saya syorkan HerbaLife.Kawan saya ada ambik dan kesannya memang nampak jelas.Kurus hingga ke tulang.Herbalife ni,dia bagi nutrien yang seimbang kpd kita tanpa bahan kimia dan kita tak perlu jaga makan sangat.Tpi,hati-hati dengan produk lain sebab ada yang bg side effect.

Yang paling penting,tetap mind set kita,SAYA BOLEH!! ^^

Ni lak sedikit PETUA untuk dikongsi.Kalau rasa berminat,cuba try.



Menurunkan Berat Badan:

Petua 1 :
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun

Petua 2 :
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3 : Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.


Membuang Lemak Badan

Petua 1 :
Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 :
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4 comments:

yusazie said...

nice information.. ai boleh amal ni ceceaaa he2

Sebiru Hari Ini© said...

haha..sila la amal..kita sama-sama amal..=)

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

Sebiru Hari Ini© said...

thx bujang susah..=) insyaAllah..

Post a Comment