Blog Readers

Sunday, May 23, 2010

Piala Dunia 2010 vs Judi/Gambling License.Apa pendirian kita?

Antara isu yang kini hangat dibahaskan oleh setiap pihak ialah isu lesen pertaruhan/perjudian yang terang terangan telah diluluskan permohonannya oleh KERAJAAN MALAYSIA.Bersempena Piala Dunia 2010 nanti,kerajaan telah memberi lesen pertaruhan kepada sebuah syarikat untuk menguruskan pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung nanti.Menurut sumber yang boleh dipercayai,kini,sebuah syarikat bumiputera iaitu BumiBet turut memohon lesen perjudian tersebut daripada kerajaan dengan alasan tidak adil jika syarikat bumiputera tidak diberi hak yang sama untuk mengaut keuntungan sepanjang Piala Dunia 2010 nanti.

Antara fakta-fakta berkaitan dengan isu ini:
  1. Lesen ini diluluskan oleh kementerian kewangan Malaysia. Gambar kat atas ni merupakan keratan daripada akhbar Online Berita Harian.          "Jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pemohon,aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.",Datuk Dr Awang Adek Hussein.(wakaka...ijazah universiti mane la yang dia dapat ye.)
  2.  Kelulusan lesen perjudian ini ditentang sekeras-kerasnya oleh majoriti rakyat Malaysia,namun tetap tiada sebarang respon dari KERAJAAN.
  3. Pada 15 Mei,5 buah negeri(P.Pinang,Terengganu,Perak,N.9,Selangor)  telah membuat himpunan aman secara besar-besaran untuk membantah kelulusan lesen judi ini.
  4. BumiBet, sebuah syarikat yang dimiliki oleh dua usahawan Bumiputera , Datuk Dr. Hafiz Chan dan Tan Sri Shahrul Deus khabarnya telah memohon secara rasmi kepada Kementerian Kewangan bagi menganjurkan pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung di benua Afrika Selatan Jun nanti.
  5. Serentak 11 Jun nanti,Piala Dunia 2010 dan perjudian akan bermula dengan gilang-gemilangnya tanpa sebarang sekatan.

Pendirian ABIM(Angkatan Belia Islam Malaysia ) :
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010. Klik Klik

Persoalannya kat sini,apa pendirian kita?Bantah,sokong atau buat pekak telinga je? Pendapat peribadi saya terhadap isu hot ini semestinya bantah!.Bg saya apabila dengar je perkataan judi,yang pertama sekali yg terlintas ialah HARAM.Tiada kompromi.Agama Islam sememangnya mengharamkan sebarang bentuk perjudian.

Firman Allah s.w.t pada surah Al-Baqarah ayat 229 : “Itulah hukum-hukum Allah , maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim”.



Jadi tanpa sebarang pertimbangan,kita sememangnya menolak judi ni jauh-jauh.Tapi apa yang berlaku bertentangan dengan yang sepatutnya.Media massa pulak buat pekak telinga seolah-seolah takde apa yang berlaku.Isu ni sememangnya menjatuhkan menjatuhkan maruah kerajaan MALAYSIA dimata dunia terutamanya negara-negara Islam.Malaysia yang mempunyai status negara Islam tak sepatutnya terlibat dalam isu sebegini.

Katakan Ya untuk bola,katakan Tidak untuk JUDI.

7 comments:

Anonymous said...

waa..macam2..apa nak jadi?? ada sapa2 sokong ka?

ajis said...

ahaha..ada ka yg sokong?

penyokongkerajaan said...

ada la sebabnya tu kerajaan buat macam ni.Kita cuba la faham.tau nak kutuk ja.

daus said...

haha dah memang haram tu haramla abang oiii... ape lak nak sebab2 plak...
matured la broo haha

Sebiru Hari Ini© said...

tu lah..bnda jelas depan mata.jgn lak kita biarkan..jgn lak gi sokong wahai penyokongkerajaan

Miss Kitt said...

inchek penyokong kerajaan..
nak sokong pun kna bertempat, dah sah2 judi itu haram.
bukan kutuk tp kita ada hak untuk membantah, ni negara Islam! dan anda seharusnya faham..
(itupun jika anda ni Islam la)

pepatah lama, 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah'..
tp tu dulu, zaman2 raja berkuasa..
skrg krajaan..hmm, atau mgkin ptt lbih spesifik pemerintah. kot! =.='

Sebiru Hari Ini© said...

sokong miss kitt..=)

Post a Comment