Blog Readers

Tuesday, May 25, 2010

Bangsa Melayu bangsa BUANG ANAK?




ALOR STAR – Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.
Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama.
Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.
Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.
Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.
Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan.
Doktor mendapati pelajar itu sebenarnya baru bersalin dan memaklumkannya kepada ustazah berkenaan. Selepas dipujuk, barulah pelajar itu mengaku melahirkan anak sebelum membuangnya di belakang asrama.
Menurut seorang kakitangan sekolah itu yang ditemui Kosmo! semalam, disebabkan badan pelajar itu yang agak gempal dan tinggi menyebabkan pelajar dan kakitangan sekolah tidak menyedari dia mengandung sehingga sembilan bulan.
“Pelajar itu selalu tidak sihat dan pernah berhenti belajar di sini dahulu dan sambung belajar semula, semua orang tak sangka dia mengandung, lagi pun dia tidak bergaul sangat dengan orang lain,” jelasnya yang enggan dikenali.
Katanya, sekolah terbabit gempar apabila melihat beberapa orang guru mencari mayat bayi di tempat buang sampah di belakang asrama sekolah.
“Mayat itu dijumpai dalam keadaan terbakar sebab kawasan itu tempat buang sampah. Tukang kebun bakar sampah lalu terkena mayat bayi, semua badan terbakar kecuali sedikit sahaja di bahagian muka,” ujarnya.
Sementara itu jurucakap polis memberitahu, guru sekolah agama berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Langgar di sini kelmarin.


Ehsan:http://beritamalaysiakini.wordpress.com/
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Title post ini agak kejam kan?Tapi hakikatnya,memang bangsa Melayu BANGSA BUANG ANAK.Dua hari lepas saya ada terlihat seekor kucing yang bersusah payah turunkan anaknya yang baru lahir dari bumbung sebuah bangunan.Tapi usia anaknya itu tak panjang.Anak kucing tu terlepas dari mulut ibunya dan jatuh ke bawah.Kejadian ni membuat hati saya jadi sayu.Tapi sebenarnya bangsa kita lagi teruk dari ni.Kalau tak percaya,tengok baik-baik gambar ni.

Baby tu hampir-hampir dibuang oleh bapanya yang merupakan seorang penagih dadah.

Kalau lah ikut kan hati kita buang balik orang yang buang anak ni.Biar diorg rasa macam mana perasaan dibuang.Buang anak macam buang sampah.Kucing pandai jaga anak mereka.Apa nak jadi dengan bangsa kita.

Merujuk kepada berita kat atas ni,ia just satu dalam berjuta-juta berita tentang kes buang anak.Tapi kes kat atas ni agak special.Pelajar perempuan yang bertudung labuh dan sedang belajar di sebuah sekolah agama yang juga berbangsa melayu buang anak selepas melahirkannya di bilik asrama.Nasib baik bayi tak berdosa tu tak hangus dibakar tukang kebun.Kalau tak memang berdosa besar.

Kalau yang pakai tudung labuh dah macam nie,yang freehair agak-agaknya cam mana ye? kita doa-doa je lah moga semua akan kembali ke jalan yang benar.Amin...~

Tapi kes buang anak ni sekarang memang semakin menjadi-jadi.Jangan terkejut pulak kalau kita terjumpa patung baby yang dah usang kat belakang bangunan lama sebab tu mungkin bukan patung baby,tp baby sebenar.waaa..seram2..

kat bawah nie saya selitkan beberapa keping gambar bayi terbuang.Disyorkan kepada mereka yang sensitif,jangan tengok gambar ni,Nanti abis basah keyboard anda.Warranty dah habis tu.. wakakaka.





Antara kes-kes buang anak:
  1. 13 Februari 2010, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai menemui bayi lelaki rentung dalam tong sampah di belakang sebuah bank. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar.
  2. 10 Februari 2010, seorang bayi perempuan diletakkan di hadapan rumah Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Yan, Asisten Supritendan Abdul Rauf Md. Johar di Taman PKNK, Alor Setar. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah melihat bayi itu cukup sifat. Bayi itu lengkap berpakaian dan diselimuti dengan kain lampin berwarna putih.
  3. 10 Februari 2010 - mayat bayi perempuan sedang dihurungi semut di pintu pagar Masjid Permatang Duyong,Melaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman menyatakan bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat.

6 comments:

one stop said...

bodoh spe buang anak.....pndai buat je...

Nursyahiirah.Ariffin said...

Dalam tempoh lima tahun daripada tahun 2005 hinga 2009, JPN telah mencatatkan sejumlah 74,723 orang anak luar nikah yang membabitkan orang
Melayu beragama Islam, tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

botak said...

kesian kucing tu anak dia boleh terjatuh pulak..mesti sedih gila kucing tu sbb gagal jaga anak dai dgn baik..

botak said...

patut org2 yg gersang sangat niduduk kt US laa..bagi diorang rase skit best x best free sex..bagi diorang buat sex hari2 baru diorang tau..kat sana xde hal laa nak buat sex tiap hari dgn sape2 pun..jgn dok malaysia laa kalau nk buat masalah..leceh+menyusahkan org lain je

Sebiru Hari Ini© said...

memang bodoh..semalam ada lagi berita.bayi ditanam tepi rel kereta api.keadaan dah jadi makin teruk dah.Anywy,thx Nursyahiirah for da statistic.

Sebiru Hari Ini© said...

terpk tak?ape sbnrnye faktor buang anak ni?

Post a Comment