Blog Readers

Monday, May 24, 2010

Curi kabel rentung putus dua.

MUADZAM SHAH: Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.
Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.
Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.
Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.
Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua.
“Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.
“Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam.
Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.

“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 24, berkata kegiatan bodoh mencuri kabel elektrik di Felda berkenaan dikesan semakin berleluasa sejak enam bulan lalu.
“Kecurian kabel menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus. Sudah beberapa kali gangguan elektrik berlaku disebabkan kegiatan jenayah terbabit disyaki dilakukan penagih dadah.

“Apapun, kejadian ngeri itu diharap memberi pengajaran mengenai padah mencuri kabel elektrik dan berharap pihak berkenaan melakukan tindakan sewajarnya supaya penduduk tidak mendapat masalah akibat perbuatan pencuri terbabit,” katanya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kah..kah..kah..
mau curi itu itu  kabel,setan duk hasut tepi telinga.curila curila.. 
tapi tiba-tiba petir memanah.Badan yang sempurna terus putus dua.

dan setan pn ketawa..

 kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..

ngeri betol.Buang anak pun belum habis lagi.Ni tambah pulak dengan buang separuh badan.Moga mendapat keampunan di akhirat kelak.

Tu la,bila org cakap Tuhan tu Maha Melihat buat dek jek.Nak kena Tuhan tunjuk dulu baru nak percaya.Bila dah Tuhan tunjuk,habis la kita.

Jadi,jgn degil2.Jadila hamba Allah yang taat.Jangan curi kabel.kesian kat orang yang duk tengah tengok bola.Tiba-tiba je tv mati.

Moga-moga jadi pengajaran buat kita semua SO,  JANGAN CURI KABEL.

2 comments:

Pito said...

takut2....

Sebiru Hari Ini© said...

memang takut..jadi,jgn lah kita CURIK KABEL ye

Post a Comment