Blog Readers

Thursday, May 27, 2010

GAS(Gerakan Anti Samivellu):Samivellu didesak letak jawatan?

Semalam(26 Mei),berlangsungnya satu perhimpunan besar-besaran di PWTC yang disertai oleh ahli-ahli Gerakan Anti Samy Vellu(GAS).Mereka yang datang ni dengan satu tujuan yang itu inginkan perletekan jawatan oleh Samy Vellu yang merupakan presiden MIC selama 3 dekad.Wah..lama tu..Mahathir pun tak memerintah selama tuh.Gerakan ni dianggotai oleh ramai presiden MIC termasuk V Mugilan yang baru kena pecat oleh Samy Vellu baru-baru ni.V Mugilan ni pegang jawatan sebagai timbalan ketua pemuda MIC sebelum ni.Bila dia kena pecat,dia sertai Gerakan Anti-Samy Vellu ni mendesak Samy Vellu agar letak jawatan.Ramai tak yang datang? 100? 200? sikit sangat tuh..Yang datang hampir 10,000 orang.Waaaa.. Ramai rupanya yang nak Samy Vellu ni letak jawatan ye.

Tapi krisisnye skarang,V Mugilan sbg bekae timbalan ketua pemuda MIC mendakwa bahawa UMNO turut terlibat dalam Gerakan ini dan UMNO menolak dakwaan itu.Kalau betul nak dakwa,hang tunjuk bukti! kata UMNO.

Tapi hakikatnya sekarang betapa ramai yang mahukan Samy Vellu meletakkan jawatan.

Dan bercakap tentang Samy Vellu ni,Bahasa Melayunya sering dipersendakan kerana ianya LAWAK!

kah..kah..kah..kah..

ni satu lawaknya:

"Wartawan suruh si Samy Vellu ni komen pasal angkasawan negara,Syeikh Muzaffar dan dia pun komen....'Sayaa berasaa amat banggaa dan tahniyah kepaddaa Syeikh Muzaffffar keranaa telah beerrjayaa meniggal duniaa selamaaa 10 harrri dan selamatt dikebumikan'."

kah..kah..kah..

sapa tak paham lawak ni boleh komen.saya akan explain satu-satu..

kah..kah..kah..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ehsan:BERNAMA

PETALING JAYA, 26 Mei (Bernama) -- Seramai 10,000 orang dijangka menghadiri pelancaran Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini, melebihi jangkaan awal 7,000 orang, dakwa bekas timbalan ketua Pemuda MIC V Mugilan.

"Pada hari itu, saya kata 7,000 orang tetapi sekarang angka itu telah meningkat kepada 10,000 orang kerana kami sedang mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak," Mugilan berkata pada sidang akhbar di sebuah restoran India di sini Rabu.

Mereka yang dijangka datang termasuk anggota MIC, pemegang saham Maika dan kaum India yang bukan anggota MIC.

Mugilan juga berkata beliau sendiri yang telah menempah Dewan Merdeka di PWTC untuk perhimpunan pada Isnin lepas dan bukan Umno seperti yang didakwa oleh ketua Pemuda MIC T Mohan semalam.

Oleh kerana dewan tersebut boleh menempatkan kira-kira 5,000 orang, beberapa layar besar akan dipasang di luar dewan untuk yang lain mengikuti perhimpunan itu.

Mugilan, yang dipecat oleh presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu Khamis lepas, mendesak presiden MIC itu berundur Julai ini.

"Pada mulanya, saya mendesak beliau untuk berundur akhir tahun ini tapi sekarang saya telah menukar strategi dan membuat keputusan untuk mendesak beliau berundur pada bulan Julai ini," kata Mugilan.

Katanya, keputusan terbaru itu diambil selepas mendapati sokongan untuk mendesak Samy Vellu adalah "terlalu kuat dan sentimen anti-Samy Vellu ini bagus".

Mugilan berkata beliau akan mengumumkan satu pelan pada pelancaran itu untuk mendesak Samy Vellu berundur lebih awal.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah bekas anggota jawatankuasa kerja pusat K.P.Samy dan G.Kumar Aamaan yang juga dipecat Samy Vellu pada Isnin lepas.

Ditanya jika perhimpunan itu gagal mendesak Samy Vellu membut demikian, Mugilan berkata: "Kami akan memberitahu media bahawa Samy Vellu adalah pemimpin terbaik. Kami akan duduk diam dan menyerah."

Mugilan juga menunjukkan resit penempahan Dewan Merdeka dengan bayaran awal RM5,000 bertarikh 24 Mei.

"Resit penempahan dewan itu atas nama saya, kita telah membuat bayaran awal RM5,000 pada 24 Mei. Saya telah berjumpa dengan orang PWTC pada hari Isnin dan telah menempah sebagai orang biasa," katanya sambil menafikan tuduhan Mohan.

Katanya, resit tersebut telah diserahkan di Balai Polis Dang Wangi bagi memohon permit dari polis untuk mengadakan perhimpunan ituyang belum diterima lagi.




4 comments:

nebular said...

Dia ni takde gear reverse punya...hahahaha

Sebiru Hari Ini© said...

tu la pasal.. kena masuk bengkel pasang gear reverse nih..hehe..=)

Unknown said...

uhhuhh.tak sabar nak tunggu cerita ni habis.

Sebiru Hari Ini© said...

bile nak habis agak2nye..

Post a Comment