Blog Readers

Tuesday, May 25, 2010

Jerawat

Jerawat ni sebenarnya masalah biasa yang dihadapi hampir semua orang.Dan semestinya,tak de yang suka bile tumbuh jerawat kat muka.Kalau ada cermin,dinding belakang cermin tu mesti di kotori dengan cetusan-cetusan Mr.J ini. Tapi tau kah kita apa faktor-faktor yang menyumbang kepada Jerawat ni?

  • Tak cukup tidur.Jangan sesekali amalkan tidur pukul 1,2,3 pagi ke.Tidur secukupnya,tido awal.Ni merupakan faktor utam.
  • Kurangkan makan makanan berminyak,dan kurangkan makan kacang.Kacang menyumbang kepada jerawat.Begitu juga makanan-makanan yang mengandungi kacang seperti kerepek.
  • Jangan picit jerawat lebih-lebih lagi bila kuku anda panjang.Kuku anda mengandungi kuman dan jika anda picit jugak,ia boleh menyebab kan jerawat itu merebak ke kawasan sekitar.Dan kemudian merebak lagi.Lg pun,bila anda picit jerawat,ia boleh merosakkan tisu muka dan meninggalkan parut yang banyak sekali pun jerawat dah berhenti.
  • Kurang aktiviti yang mngeluarkan peluh.So,rajin-rajinlaa exercise.
  • Kurang minum air masak.
  • Faktor keturunan juga diambil kira ye.
  • Menggunakan kosmetik yang tak tahu dari mana asalnya atau beli tepi-tepi jalan.Beli satu percuma 15. 

Apa yang boleh kita buat kalau nak elak jerawat?? 

1-Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut.

2-Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.

3-Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).

4-Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari.

5-Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut.

6-Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka.

7-Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih.

8-Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.

9-Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.

10-Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.

6 comments:

Nina Nurziana said...

xsuke jerawat.. :(

Sebiru Hari Ini© said...

takde sape yang suka.Kalau xsuke.jg cara hidup kita..yang penting tido awal..=)

Anonymous ® said...

i nak share petua sket ye..dulu muka 1 betimbun jerawat..xleh pakai pencuci muka lagi bnyk keluar. so my father pesan, setiap pagi/petang/malam basuh tangan dengan sabun kemudian basuh muka dengan air paip shj dengan selawat 3x. insyaAllah..berkesan pd saya.

Sebiru Hari Ini© said...

oo.. saye pn yakin pd petua saudara tu.Tapi kalau di upgradekan skit,lagi bagus.. Maksudnya,lepas kita basuh muka dgn air paip tuh,kita ambik wudhuk.. wudhuk dapat mengurangkan jerawat..cuba dan istiqamah,insyaAllah,akan nampak hasilnya..=)Buat NokiaDream,thx atas petua berguna nih.

Anonymous said...

sy pun ada petua nk share..muka sy susah naik jerawat sbb ayah kata itam...tp xper...adk sy ada pngalaman 2...dia tumbuk kayu manis,lpas 2 letak kat jerawat..grenti sembuh sbb bahan asli ni mujarab...tp kene tahan la coz pedih sgt2 mse pakai...tp cepat baik...

Sebiru Hari Ini© said...

Ye? Saya pernah dengat pasal petua ni.Tapi tak pernah cuba lagi.Dan apa yang saya dengar,memang berkesan.Anywy thx..Boleh dipraktik ye.. Sapa-sapa yang ada petua boleh sama share.=)

Post a Comment